-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 4 November 2012

KANTOI: Kerana Kondom

PEMBACA

" Kamallllllll!! Esok kamu kan ada ujian? Kenapa tak ulangkaji, dah la PMR hari tu cukup cukup makan saja..tak pernah nak insaf! Mak Peah menjerit dari dapur tak kala melihat kamal asyik bermain dengan kipas  yang baru dibeli suaminya. Mak Peah takut kipas tu rosak sebenarnya asyik dibuka tutup oleh anak sulungnya itu.

" Ala mak ni.....bukan susah pun ujian tuuu" Kamal bercakap depan kipas menyebabkan suaranya jadi GARAU ...Kamal Asyik......Kamal suka!! 

" HUH!!  Dah dah ......jangan nak mengipas lagi, pergi naik atas buat ulangkaji...mak nak tengok adik adik kamu  main kat luar tu." Marah Mak Peah sambil ambil kipas dari Kamal dan diletakkan di atas almari ruang tamu mereka.

" Emak niiiiiiiii.........Esok kamal ada ujian MATA la.....nak ulangkaji apanya!!".  Marah Kamal pula menyebabkan Mak Peah tersengih malu tapi buat bodo saja menuju ke pintu luarrrr........

........................

Di laman rumah, anak anak Mak Peah sedang bergumbira bermain belon ..Mak Peah perlu panggil anak anak nya itu masuk kerana waktu dah hampir nak Maghrib. Tapi hajatnya ditunda sebentar tak kala melihat ada beberapa jiran jiran BARUNYA yang sedang bermesyuarat didepan rumahnya sambil melayan kerenah anak masing masing. Inilah peluang Mak Peah untuk berkenal kenal dengan jiran jiran barunya itu, kerana Mak Peah baru pindah ke situ dua hari lepas. 
" Iskkkkk!!! Jangan main belon tu kat tepi jalan...bahaya!!! ." Jerit Mak Peah pada anak bongsunya itu sambil tersenyum berjalan menuju ke arah jiran jirannya yang sedari tadi ASYIK MELIHAT GELAGAT ANAK ANAK MAK PEAH BERMAIN BELON.

" Wahh!! Meriahnya...borak apa niii...elok sangatlah ada ramai ni...bolehlah saya berkenalan...maklumlah baru pindah sini". Sapa Mak Peah mesra .

"Ye yeee...saya Rosnani , panggil  Rose saja .....". Jawab jiran nya yang ada sekuntum bunga rose dikepalanya itu sambil malu malu.

" Yelahhhhhh...Saya Rokiah....tapi mesra orang panggil Peah hik hik hik...yang ni siapa pula....." Tanya Mak Peah setelah bersalam dengan Rose pada jiran seterusnya yang asyik tunduk .

" Sayaaaaa..." Belum sempat jiran seterusnya itu memperkenalkan diri, anak bongsu Mak Peah pula datang sambil menangis .

" Belon dah pecah Mak!!! Abang chik buattt....!!! Nak lain! Nak lain!! " Kata anak bongsunya itu sambil menghulurkan belon yang pecah itu pada Mak Peah...

AIR MUKA MAK PEAH BERUBAH TAK KALA MELIHAT BELON yang diberi anaknya.....SEGERA DIA KENDONG ANAK BONGSUNYA ITU DAN MENYAMPAR ANAK KE TIGANYA ITU MASUK KEDALAM RUMAH!! PINTU DITUTUP RAPAT!! 

Malu.......MAK PEAH MALUUUUUU....Tak sangka belon yang dimain oleh anak anak nya diluar tadi ialah KONDOM ........Patutlah Jiran jirannya JELING SEMACAM PADA MAK PEAH.....MAK PEAH MALUUU.......!!!

ESOKNYA JIRAN JIRANNYA TERKEJUT KERANA DIPINTU RUMAH MAK PEAH TERTULIS NOTIS INI.....



Photobucket 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.