-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 24 November 2012

DUNIA dari kacamata Editor JomgelakFM

PEMBACA


Dunia punya cerita 1:
JERMAN - suatu pertandingan biasanya memberikan ipod, ipad atau pun tajaan pergi melancong kan? Kan? Tapi caner kalau pertandingan tu memberikan hadiahnya yang memang lain dari yang lain, errr macam perbelanjaan pemakaman? Itu pertandingan pelik! 
Pertandingan itu ditaja oleh Radio Galaxy di Ashafferburg iaitu pertandingan menghias batu nisan. Pemenang adakn diberi hadiah bernilai RM7,725.00 yang harus dihabiskan untuk pengkebumian. Pertandingan itu dibuat bertujuan utk meningkatkan kesedaran kepada kaum muda untuk sentiasa berbicara tentang kematian. Pertandingan itu dikatakan telah menarik minat 600 orang yang sudah pun memberikan ukiran nama unik dibatu nisan masing-masing apabila mereka mati nanti.

Hehehe.. Begitulah mereka pentingkan kreativiti, innovasi, kesenian walaupun sampai ke kubur.. Kalau kat tempat kita, tempat-tempat cenggini kompom dah penuh dengan penagih dadah je kan kan kan?



 Dunia punya cerita 2:
IRAN- Kira-kira 3500 orang wanita mempelajari seni mempertahankan diri dari Negara Jepun, Ninjitsu, sebagai persediaan untuk mempertahankan diri dan negara mereka. Para pelajar tersebut merupakan pelajar dari sebuah sekolah Ninjitsu di Iran yang mula dibuka sekitar tahun 1989. Seperti para pengamal seni mempertahankan diri lain, mereka turut dilatih menggunakan senjata merbahaya seperti lembing, pedang dan beberapa senjata merbahaya yang lain. Sehingga kini, kelab tersebut dipercayai mempunyai sehingga 24,000 ahli!

Baguslah tu, sekurang-kurangnya diaorang boleh pertahankan diri dan negara. Tapikan hati-hati jugaklah... Kalau diaorang ngamuk dengan sisuami.. Adeh.. Bukan calang-calang punya perempuan tuuuuuu... Hehehe..




0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.