-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 29 November 2012

DARI KRONI KEPADA KRONIK

PEMBACA


Sebut padal adil, pernah tak terfikir? Adakah kita seorang yang adil? Adil dari pelbagai segi. Kita adil ke membahagikan masa untuk kita bekerja dan meluangkan masa untuk keluarga? Kadang-kadang bukan saja kita tak sempat dek kerana tuntutan kerja yang banyak dan jugak perlu membahagikan masa terluang bersama isteri, suami dan anak-anak. Adilkah kita pada diri sendiri, pada ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan. Cuba kita tanya pada diri sendiri, kita adil ke??

Kadang-kadang benda kecil ni kita malas nak ambil port dan kita lupa ADA INSAN YANG AMBIL TAHU DAN PERHATIKAN SIKAP KITA.

Ni ada satu cerita, saya nak kongsikan.. tapi bukan berlaku pada saya, pada seorang sahabat di tempat kerja saya.

“Saya rasa macam nak berhenti keje je kak” beritahu sahabat saya namanya Liya.

“Liya kan dah elok kat situ, napa nak berhenti lak?” Tanya saya.

“Akak tengok rupa saya ni, dah lah tak lawa, buruk pulak tu..” Liya merungut.

“Apa kaitan Liya nak berhenti dengan rupa paras pulok?” Hairan saya.

“Ermmm… saya rasa terpinggir di pejabat. Saya selalu dipandang rendah, kadang-kadang saya dah buat yang terbaik dan hasil kerja saya tip-top tapi diaorang buat tak tahu. Bila sesekali saya buat silap macam-macam kata hinaan saya dapat, tapi kalau staff tu kesayangan yang menjadi favourite boss, diaorang diamkan cenggitu je kak… Sampai saya selalu terfikir, betul ke saya buat silap.. Kalau diaorang punya salah saya siap cover lagi dan tolong betulkan.” Keluh Liya.

“Kadang-kadang saya cuba jugak campurkan diri dengan diaorang, tapi saya selalu saja jadi bahan gurauan mereka.. Hishhh!!! Rasa kecik sangat cenggitu. Bukan tu je kak, benda-benda yang tak patut saya buat pun saya kena buat, macam nak merendah-rendahkan saya pulok. Saya diamkan selama ni, tapi kalau khidmat saya diperlukan mulalah diaorang buat baik.. tapi saya tahu diaorang tak ikhlas…Bila tugas dah siap diaorang dah dapat apa yang diaorang nak… akak tahu jelah kan…” ada garis air mata tergenang.

Saya diam, terasa juga kesedihan Liya. Saya memandang muka Liya, saya tahu perasaannya.

“Tak tahu mana silap saya, adakah kerana rupa paras saya yang tak cantik berbanding diaorang? Adakah kerana saya bukan kaki ampu dan kaki bodek sebab tu saya dipinggirkan? Saya pergi kerja dengan nawaitu mencara rezeki dan buat yang terbaik untuk company tu agar saya dapat pahala dalam menjalankan tugas saya..” Liya mengesat air matanya yang gugur jugak akhirnya..

Saya nampak keikhlasan Liya, bukan senang nak jumpa orang sebaik Liya yang tulus jujur dalam bekerja. Dia tak pernah lokek ilmu dan dia seorang yang baik hati. Mungkin sebab tu dia selalu dan mudah dibuli, tapi sampai bila tahap kesabaran seseorang itu? 

Ini adalah cerita biasa yang selalu kita dengar, dalam sesuatu situasi pasti ada yang terlalu bersikap KRONI, masing-masing ada favourite memasing, namun sepatutnya tidak sampai jadi KRONIK sehingga menjejaskan prestasi serta reputasi seseorang pekerja yang cemerlang. HARI INI MUNGKIN TIADA SIAPA NAMPAK BERTAPA BERHARGANYA ORANG SEPERTI LIYA…

Tak banyak saya cakap pada Liya, kecuali minta dia bersabar dan redha. Kalau ada peluang pekerjaan yang lebih baik di tempat lain mungkin dia perlu mencuba. Mungkin dia akan lebih dihargai ditempat lain, dan betapa ruginya mereka kerana kehilangan pekerja yang baik seperti Emeliya.

Amalan KRONI ditempat kerja memang secara tak langsung ada yang terjadi, Cuma kebijaksanaan pihak pengurusan mengatasinya agar keadaan tidak menjadi KRONIK.

EDITOR NUR ......

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.