-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 8 November 2012

BUAT KEK SARANG SEMUT TANPA PERLU KEMUT

PEMBACA


TAU APE NAMA KEK NI?HAHA MACAM-MACAM NAMA ORANG GELARKANNYA..ADE YG PANGGIL KEK GULA HANGUS SEBAB UNTUK BUAT ADUNAN KEK NI GULA DIHANGUSKAN DULU!ADE BETOLNYA TU KAN HIHIHI..ADE JUGA ORANG PANGGIL KEK SARANG SEMUT OR SARANG TEMBUAN..ERMMM SEBAB RUPA KEK NI BERSARANG-SARANG KOT TU PASAL ORANG BAGI NAMA TU..NASIB NAMANYA TAK SARANG LABAH-LABAH KAN?MIAHAHAHA..APE PON NAMA KEK NI RASA DIA MEMANG TERBAEKKK DAN LAYANNN DERR!!
BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT KEK NI SANGAT SIMPLE DAN TAK SUSAH MANA PON SEBENARNYA NAK BUAT KEK NI..TAPI AGAK-AGAK KORANG TAK YAKIN MENJADI KE TIDAK KEK YG KORANG NAK BUAT TU BAIK KORANG ORDER JE LA DENGAN SHANIM.HAHAHA JIMAT MASA JIMAT KAN KAN KANN AHAKSS!
KAT SINI SHANIM ADA SERTAKAN BAHAN-BAHAN DAN CARA-CARA NAK BUAT KEK NI..MANALAH TAU KOT-KOT KORANG 'TERINGIN SHIMA' NAK BUAT DAN BAGI KAT BAKAL MAK MERTUA RASA KE KAN..MAGUT-MAGUT!! (bagus-bagus) 

BAHAN A

1 CAWAN GULA PASIR
1 CAWAN AIR PANAS
2 SUDU MAKAN MENTEGA

BAHAN B

1 CAWAN SUSU MANIS
1 CAWAN TEPONG GANDUM
2 SUDU TEH SODA BIKARBONAT
1 SUDU MAKAN ESEN VANILA 
4 BIJI TELOR

CARANYA :


1) MASAK GULA DALAM PERIUK 
KACAU DGN SENDUK KAYU 
SAMPAI GULA CAIR DAN BERTUKAR 
KEPERANGAN.KECILKAN API KEMUDIAN 
MASUKKAN AIR PANAS.MASA NAK 
MASUKKAN AIR TU KENA HATI-HATI YER 
SEBAB DIA MELETOP-LETOP!KACAU 
SEBATI PASTU MASUKKAN PULA 
MENTEGA.KETEPIKAN DAN BIARKAN 
SEJUK...
2)DALAM BEKAS YG LAIN AYAK SODA BIKARBONAT BERSAMA TEPUNG..KETEPIKAN..
3) MASUKKAN SEMUA TELOR KE DALAM BLANDER ATAU MIXER DAN BLAND LEBIH KURANG 5 MINIT.(Shanim guna blander je senang!haha)PASTU MASUKKAN SUSU DAN BLAND LAGI.TAMBAH ESEN VANILA KEMUDIAN MASUKAN TEPONG YG DAH 
DIAYAK DENGAN SODA.BLAND DAN AKHIR SEKALI MASUKKAN GULA HANGUS BLAND LAGI SAMPAI SEMUA ADUNAN SEBATI DAN SEKATA..
4) GRISKAN LOYANG DENGAN SEDIKIT TEPONG DAN MENTEGA KEMUDIAN BOLEH LAH TUANGKAN ADUNAN TU KE DALAMNYA.TUTUP LOYANG DGN FOIL DAN IKAT.
5) BIARKAN ATAU PERAP ADUNAN 3-4 JAM BARU BAKAR ATAU KUKUS (ikut tekak korang la suka bakar ke kukus miahaha)
6)KALAU BAKAR SUHU 170° 
MASAK SELAMA 1 JAM 1/2..SATU JAM MENGGUNAKAN API BAWAH DAN SETENGAH JAM AKHIR TU API ATAS BAWAH..
7) KALAU KUKUS PASTIKAN API BESAR DAN MASAK SELAMA 1 JAM 1/2 ATAU SEHINGGA MASAK..

NOTED :
*SHANIM LEBIH SUKA PERAP SAMPAI 4-5 JAM SEBAB KEK AKAN MENGHASILKAN SARANG YG CANTIK.
*KALAU NAK CARA BAKAR,TARUK AIR KAT BAWAH LOYANG ADUNAN KEK TU.NANTI KEK TAK KERING DAN LEMBAB-LEMBAB GITU..!




0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.