-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 12 November 2012

Aku tak gila

PEMBACA


HATI Mamat rasa tak sedap hari ini memasuki bangunan itu. Dia menekan butang lif ke atas. DUP.. DAP.. DUP.. DAP.. TINGG! Terkejut Mamat bila pintu lif terbukak. Mamat masuk. Dia perhatikan papan nombor tingkat, Mamat menekan no. 8.

“Nombor bertuah nih.” Katanya dalam hati. TINGG! Sekali lagi Mamat terkejut.. bunyi lif menandakan dia sudah sampai kedestinasi. Mamat teruskan langkah, masuk kedalam sebuah pintu yang ditulis “MASUK”. Perlahan-lahan dia melangkah, sesekali dia menjenguk ke dalam. Langkah Mamat terbehenti. Dia menyorok di belakang dinding.

“Ini satu rompakan! Semua yang ada disini meniarap! Sape yang tak dengor kata Castello, Castello akan tembak!” kata lelaki yang memperkenalkan diri dia Castello.

Semua yang ada disitu cepat-cepat mengikut arahan Castello kerana Castello memegang senapang. Manakala dua orang lagi rakannya mengacukan pistol.

Ijan, kau pergi ambil segala beg yang berisi duit dan barang yang berjenama. Yang tiruan kau pulangkan balik kat tuannya. Burn kau caber line” arah si Castello

Ijan merampas semua duit dan barang kemas. Bila tiba pada seorang perempuan yang agak berumur, perempuan itu enggan menyerahkan gelang rantainya di tangan.

“Jangan! Jangan! Ini sajalah satu-satunya peninggalan arwah suami akak. Yang lain korang nak amek.. ameklah.. Rayu kakak itu..

Mamat dibalik dinding menelan air liur, bagaimana dia nak bantu??.. soklan itu berlegar dikepala Mamat..

Arghhhh!! Bak sini! Arwah suami akak dah lama pegi.. bukan dia tahu pun. Kan bagus kalau akak hari-hari bacakan Yassin. Ini simpan kenangan bodoh ni buat apa.. Bak saya!!” Ijan menarik gelang ranti tu sampai putus…

Kau pengurus kat sini kan? Bangunn!! Aku tahu korang ada cash money yang banyak kat sini. Bukak peti besi.. Jalannn!!” Castello menolaj pengurus disitu.

Pengurus itu mengikut saja arahan Castello, dia menekan KOD rahsia pintu besi itu.. Bila pintu pti besi itu terbukak pengurus mengeluarkan duit kertas yang banyak. Dalam tak sedar, pengurus itu mencapai pistol yang ada kat dalam peti besi itu.

Kau arahkan orang kau letak semua senjata korang.. cepat!!” Pengurus itu mengacukan pistol pada Castello.

Hoi!! Korang dengar tak pengurus ni suruh kau orang letak kan senjata sebab dia dah acukan pistol kat kepala aku.. Hahahaha!! Weii!! Kau hingat aku takut ke? Sebelum kau tembak aku.. kepala kau dulu yang dah bersepai… Tidak!! Aku berani mati. Dari biarkan korang keluar dengan senang hati.. aku akan tembak skrg”Pengurus itu masih berdegil..

Mamat memegang penumbuk.. dia geram betol dgn pengurus yang berani ala-ala hero tu. Kalau kena tak memasal terkorban. Mamat dah ambil keputusan untuk membantu pengurus tu, tapi dia sendiri tak tahu bagaimana cara nak membantu… 

“Berani mati, kau belum diambang maut boleh lah cakap” Kata Castello.

Pangg!!! “Aaaaaaaaa” bunyi tembakan membuatkan semua orang menjerit..

“Sekarang kau tunggu sini sampai kami selesai.. Kepada semua!! Sape yang membantah akan aku tembak..”

Kehadiran Mamat dibalik dinding itu masih tidak dihidu oleh sesiapa. Mamat hanya mampu memandang, dia juga takut untuk mara kedapan menolong. Tapi Mamat kesal kerana dia hanya mampu memandang.

Turt.. trut.. trutt.. teng.. teng..teng..!! alamak!! Handphone Mamat berbunyi. Mamat menggelabah kerana handphonenya berbunyi secara triba-triba. Setahu dia bateri handphonenya dah nak abis.. Mamat meraba dipoket.. takde.. Mungkin kat dalam beg galasnya. Mamat bukak zip depan, pun takde..

“Woii!! Kau!! Sejak bila kau berdiri kat situ ha!! Ikut aku!!” Ijan mengacukan pistol kat kepala Mamat.. 

“Dah semua, berhenti main.. dah masuk waktu makan ni..” Kata jururawat yang bertugas..
“Alaaaa kak… saya baru nak join sekali… Lagipun adik saya, Burn tu tak perasan saya datang nak jenguk dia..” Kata Mamat.

Yelah kau nak join sekali, silap haribulan kau pun nanti macam diaorang. Nak jadi penghuni rumah sakit mental ni ke?? Senyum jururawat yang dah biasa bebenor dengan di Mamat.

Mamat tersenyum bila sedar dia berada di wad sakit mental untuk melawat adiknya Burn.

EDITOR NUR 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.