-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 21 Oktober 2012

TELINGA ANDA BESAR KE KECIL? BACA BACA

PEMBACA

Seorang pemuda kelihatan resah ,gelisah dan tidak senang duduk didalam Klinik Plastic Surgery ...aksinya merimaskan pembantu Doktor , mereka risau kot kot pemuda ini SEORANG PEROMPAK ATAU peladang yang ada niat jahat pada klinik swasta mereka. 

Sekejab sekejab pemuda ini memegang telinga dan meng geleng gelengkan kepala atasnya ......Aksinya dirakam dengan teliti oleh pembantu doktor yang kadang kala terikut ikut juga memegang telinganya kerana TERBIAS dengan kelakuan pemuda itu. 

"Mustapa Bin Ketu "........Triba triba nama pemuda itu disebut menandakan gilirannya sudah sampai untuk menemui Doktor. Bingkas pemuda itu masuk kedalam bilik Doktor tanpa menoleh ke belakang mahupun ke atas.

" Doktor..saya ada masalah dengan telinga saya ni ". Kata pemuda itu sambil menunjukkan telinganya.

" Apa masalahnya.....saya tengok dari segi bentuk dan rupa memang telinga ni, bukan hidung " Doktor cuba berjenaka  setelah membelek telinga pemuda itu 

"Saya nak operate BESARKAN TELINGALAH doktor". Kata pemuda itu serius. 

" Iskkk!! Tak pernah dibuat orang, selalu orang operate muka atau hidung bagi cantik, kamu nak operate telinga pula, apa hal..apa kes.." Doktor pelik.

" BUKANLAH....kawan saya kata, kalau telinga kita KECIK, NYAWA KITA PENDEK......Saya dah rujuk kat Internet, memang orang telinga besar dan lebar lambat mati...cer tengok telinga Dr. Mahathir tu kan besar dan panjang sebab tu umur dia panjang......" Jawab Pemuda itu menyebabkan Doktor itu TERKEDU SAMBIL MERABA TELINGANYA.......

Hahahaha........Anda pula?? Cer periksa TELINGA ANDA!! Miahahaha
Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.