-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 25 Oktober 2012

SKETSA MENYEKSA DI PAGI RAYA

PEMBACA

Disebabkan tidak berkesempatan untuk beraya pada raya AidilFitri yang lepas, Shamsudin sudah bertekad pagi raya AidilAdha kali ni dia nak melaram sakan..walaupun Aidil Adha yang tidaklah disambut meriah seperti AidilFitri kecuali di Kelantan dan Trengganu, Shamsudin tidak peduli..yang penting dia nak BERAYA !!! 

Semalam Shamsudin beli kasut baru.....beli stokin baru ....dirumahnya sudah tersusun rapi baju melayu kotak kotak lengkap bersampin yang sudah dibelinya dua hari lepas. Sungguh teruja Shamsudin nak sambut beraya kali ni mengalahkan orang nak pergi Haji. 

Malam Raya Shamsudin tak boleh tidur..fikirannya resah ...bukan sebab nak beraya esok tapi dia terlupa perutnya belum diisi akibat sibuk menguruskan pakaian dan aksesori rayanya seperti gosok baju,sampin, kilatkan kasut...berus songkok tingginya..keterujaannya untuk beraya buatkan dia leka pada keperluan perutnya...AHHH!! Nasib baik rumah bujangnya ada lagi  biskut..belasah sajalah sementara pagi esok..yang penting RAYA..RAYA!!!.

Pagi Raya sesudah subuh Shamsudin bangun...Shamsudin mandi ...siap bersyampo bagai ....Siap mandi Shamsudin mengenakan pakaian rayanya...Sebelum memakai baju..dilumur bedak Follow Me pada badannya..Dia mula pakai Baju Melayu ... dia IKat Sampin dengan kemas ala ala P Ramlee..dekat 20 minit jugalah nak siap Shamsudin ikat sampin...Sikat rambutnya yang sudah diisi minyak rambut.. Ambil songkok tinggi nya...bergaya SIKIT DEPAN CERMIN!! Ahh!! Ok dah rasa segak aku hari ni.....Puas hati Shamsudin...berjalan keluar bilik menuju ke pintu keluar rumahnya dengan sopan santun..Pakai Stokin .....Pakai Kasut.....SHAMSUDIN SUDAH BERSIAP.....Dia tengok Jam...7.45 PAGI....Memang elok sangat ni untuk ke masjid..

SHAMSUDIN MELANGKAH MASUK KE KERETANYA....hidupkan enjin dan radio..hati Shamsudin tersentuh tak kala mendengar takbir raya dari radio 
TRIBA TRIBA!!!!!!!ANGIN DATANG...!!! ANGIN YANG KUAT YANG MENYEBABKAN SHAMSUDIN TERSENTAK HINGGA MENYENTAK DARI TEMPAT DUDUK KERETANYA....Dia tak boleh tungguuuuuuu..SHAMSUDIN MATIKAN KERETA....BERLARI MASUK DALAM RUMAH...DIA PERLU CEPAT..DIA TAK BOLEH LAMBAT..ANGIN NI AMAT DASAT..PASTI MENYAKITKAN JIKA DITAHAN TAHAN......

----
  

-------


-------------


---------------------


------------------------------

DALAM TANDAS Shamsudin MENYUMPAH SERANAH!! Penat dia berGAYA tadi..akhirnya terpaksa BERHAJAT DALAM TANDAS......Kesian Shamsudin beraya di tandas di PAGI RAYA.......


Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.