-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 12 Oktober 2012

SKANDAL DARI KEDAI MINUM

PEMBACA
Sebelum diteruskan,perasan tak kedai minum biasa disebut kedai kopi walaupun bila diberada didalam kedai tu kita tak order pun kopi ,janggal sangat orang sebut - Kedai Teh atau kedai milo..lebih teruk lagi kedai Nescafe miahaha.

Dalam sesebuah kedai minum yang bertaraf biasa atau lebih mesra dipanggil Warung ditepi jalan kita akan jumpa watak watak skandal seperti dibawah.Rasanya dalam setiap kedai minum watak watak skandal macam ni pasti ada. 
Kenapa pula disebut skandal? Isk!! Banyak tanyalah pulok, jom kenali dulu watak ni baru tahu kenapa SKANDAL .

1- PENGERUSI MAJLIS - Watak ni adalah watak utama dalam sesebuah kedai kopi, tiada watak ni kedai minum tu tak berseri ....Untuk menjadi pengerusi Majlis dalam mana mana meja ,watak ni haruslah tahu segalanya atau BUAT BUAT TAHU....
Kita bukak saja apa jua topik, maka watak ini akan mengulas panjang dan lain akan mendengar dan sesekali menyampuk bagi menambah perisa satu satu topik, tak kiralah isu politik, hal rumah tangga, mengumpat dan mengumpit,mat rempit..semua isu ni akan dibawa oleh pengerusi majlis dengan bersungguh sungguh,hatta kalau kita buka isu VIRUS KOMPUTER PUN Pengerusi majlis ni mampu mengulas dan memulas panjang haha.

2- PEMERHATI PBB - Watak ni paling ramai kerana watak ini tidak gemar bercakap, tapi gemar mendengar apa apa juga isu yang diperkatakan cuma sesekali menyampuk agar pengerusi majlis terus tersampuk untuk bercerita.Kenapa dipanggil Pemerhati PBB ? Sebab mereka ni lebih banyak memerhati dengan membuang masa di kedai kopi dari pergi BEKERJA .....

3- LEBAI USIN-Watak ni selalunya digelar pada mereka mereka yang minumnya dibelanja ,kenapa dipanggil LEBAI USIN ..tak tahulah pulok! Watak ni akan memilih meja tertentu yang diduduki oleh mereka mereka yang nampak agak berada ,watak ni akan order Teh segelas dan menyampuk sedikit perbualan untuk tampak mesra, bila time nak bayar watak ni akan tunggu orang bayarkan...Watak Lebai Usin ini juga agak MESRA KEDAI MINUM,pagi kita tengok dia minum di kedai A, tengahari di kedai B dan begitulah watak ni bertukar tukar kedai hingga malam. 

4- AKU KERINDUAN - Inilah watak istimewa yang penuh misteri dalam mana mana kedai minum ...watak ni akan pilih kedudukan yang agak tersorok dan lebih SUKA BERSEORANGAN...tetapi watak ni tak duduk diam sebenarnya ...dia ada misi SULIT  yang perlu diselesaikan! DENGAN menggunakan enpon beliau akan mulakan misi misi sulitnya untuk melepaskan kerinduan pada KEKASIH HATI...maka tak berentilah nada SMS dari enpon watak ni ....Nak kenal watak ni siapa? Pastilah suami orang atau tunang orang yang ada SKANDAL ...nak mampus kalau sms dirumah? Silap gaya enpon disuap ke mulut oleh isteri hahaha.

5- PEMBEKAL MINUMAN DAN MAKAKAN - Hahaha...Anda kenal tak watak ni siapa? Pastilah kenal sebab dialah tuan kedai atau penebar roti atau pemproses minuman atau pelayan atau anda sendiri yang ada kedai minum. Tak ada anda tak adalah kedai minum ye tak??

ANDA WATAK YANG MANA?       
Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.