-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 30 Oktober 2012

Siri Panas- Kantoi dengan seksi dadanya

PEMBACA

AH Heng baru tiba di Kuala Lumpur dari Ipoh. Sepatutnya Ah Heng sampai petang, tetapi disebabkan bas yang dinaikinya rosak secara sukarela, malam baru Ah heng sampai . Jam sudah hampir 12 malam.....Ah Heng terus berjalan menyusuri lorong lorong tembok batu untuk ke Apartment rakannya . 
Memang AH Heng tahu menggunakan jalan pintas kerana sebelum berpindah ke Ipoh, memang Ah Heng bekerja di Bukit Bintang sebagai pelukis bintang. Sampai satu lorong yang agak gelap dan suram.....Triba triba Ah Heng nampak seorang wanita yang rupanya nak kata cina bukan cina nak kata melayu pun bukan. 
Aksi Wanita itu seakan menggoda Ah Heng untuk terus merapatinya...dari jauh Ah Heng sudah tergoda  melihat keseksian wanita itu dengan pakaian sempit dan sendatnya..Sebijik macam perempuan yang jadi model kereta di Autoshow yang dilihatnya dalam Internet. 
Ah Heng menelan air liur sambil memerhati sekeliling ..MUSTAHIL PELACUR kerana Ah Heng tahu sangat blok bangunan yang dia lalu ni memang BUKAN lokasi untuk pelacuran...Ah Heng cepatkan langkahnya.....Gadis seksi itu senyum .......menggoda! Ah Heng tak dapat menahan nafsunya .......Tanpa dipaksa Ah Heng merapati wanita itu.....tanpa berkata Wanita itu pula terus membuka butang bajunya sambil menjeling pada Ah Heng............

Ahh!! Ini peluang baik kata Ah Heng dalam hati....sedang Ah Heng cuba nak lakukan sesuatu pada wanita itu triba triba muncul beberapa orang disekelilingnya yang mengarahkan Ah Heng memberikan beg duit,telefon bimbit dan segala yang berharga . Ah Heng sedang dirompak!! Ah Heng TERPERANGKAP!! Nak melawan memang AH heng tak pandai sebab Ah Heng cuma pandai melawan emaknya ...

Sesudah dirompak , triba triba Wanita itu MENJERIT MEMINTA TOLONG!! Menyebabkan AH Heng makin gelabah......lorong yang tadinya sunyi kini tiba tiba ramai orang ...mereka memukul Ah Heng kerana WANITA ITU MENDAKWA AH HENG nak memperkosanya .........KESIAN AH HENG !! 

Hati hatilah kerana PEROMPAK PUN DAH BIJAK MENGGUNAKAN PEREMPUAN SEKSI UNTUK MEROMPAK.....Baca artikel yang disumbernya dari Star ini.


Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.