-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 4 Oktober 2012

DRAMA KEMETOT- ASAP YANG LESAP -3

PEMBACA

Short 5/2
" Alhamdulillah dapat juga mak tengok menantu dan cucu cucu mak". Jawab Emak Limah setelah puas mereka anak beranak membuat drama swasta depan rumah tadi dalam upacara tangisan dalam pelukan setelah bertahun tak jumpa. 
" Janganlah cakap macam tu mak, kami dah balik Ipoh semula,nanti selalulah kami balik jenguk mak". Jawab suami bagi membuktikan dia menantu yang baik.
" Mama dan baba kirim salam pada mak ,bulan depan mungkin kami balik sini semula lagipun Baba kata dah lama tak jengah kampung halaman dia sambil tengok rumah lama dia tu..." Isteri berkata sambil membuka tudung saji .
" Eloklah macam tu...lama kamu kat sini". Tanya emak sambil mengesat mata yang dari tadi asyik mengalir kerana terharu dengan kepulangan mereka. 
" Lama rasanya.....Kami cadang nak jumpa kawan kawan lama masa sekolah dulu yang masih dikampung ni. ...." Jawab suami pula selepas hirup kopi O.
"Elok lah macam tu..setahu mak ramai jugak kawan kawan sekolah kamu berdua masih disini ...Eh! Kakak dengan adik nak kemana tu ". Kata emak bila melihat cucunya berjalan menuju pintu . 
" Tak kemana lah opah..kami nak duduk depan ni saja?. Jawab si Kakak yang triba triba melompat hingga ke syiling rumah terkejut kerana ternampak KATAK sedang berjoging lompat tinggi di kasutnya toink! toink! . 
" Kenapa kakak!" Jerit isteri sambil meluru ke muka pintu sambil suami berusaha menurunkan anaknya yang tersangkut pada syiling rumah nasib baiklah anak bongsu mereka sempat pura pura pensan kerana takutkan katak. 
" Hahaha, katak rupanya.....Rahim tolong emak tangkap jab...katak ni memang dengki atau suka menyibuk kalau ada kasut atau slipar baru haha". Emak limah turun ke tanah untuk menangkap katak tersebut sambil membaca jampi mentera maklumlah mak limah ni bekas bidan dan bomoh dulu kala .
" Errr.....errr....saya geli mak ........auwwwwwww!!! " Jawab Rahim menyebabkan isteri dan anaknya ketawa berdekah dekah sampai terludah ludah .
" HUH! Apalah kamu ni katak jugak yang kamu geliii....." Jawab Emak limah sambil memegang  katak yang telah ditangkap dan menjentik hidung katak itu kerana degil. 

Shot 6/2 - Malam itu selepas makan malam sambil menonton Al- Hijrah triba triba...
" Emak....Banglo siapa kat tepi tu.besar betul ". Tanya si isteri ingin tahu .
" Emmm....kawan lama kamu berdualah ....Daud! " Jawab emak menyebabkan isteri dan suami berpandangan satu sama lain, terkejut dan macam tidak percaya. 
" Daud? Tapi bukan ke Daud cuma jual buah saja....tak kan...." Soal pula suami .
" Itulah rezeki dan nikmat Allah padanya Rahim,walaupun dia dah kaya, ada banyak tanah ,kedai dan sebagainya dia tak pernah bangga diri.....tetap juga jual buah tepi jalan tu kerana baginya HASIL JUAL BUAH TULAH DIA BOLEH CAPAI KEJAYAAN HINGGA SEKARANG ...Tadi mesti kamu nampak dewan orang ramai kat simpang rumah mak ni kan.....Dewan tu Daudlah yang buat untuk memudahkan orang kampung jalankan aktiviti masyarakat dan buat bisnes kecil kecilan. Dah terlanjur kamu bertanya ni ....emak nak minta tolong sikit kamu pun nampak dah berjaya ". Tanya mak limah pada suami yang masih lagi terkejut dan malu malu tak kala menerima berita tentang Daud. 
" Tolong apa mak...". Tanya pula isteri setelah melihat suaminya diam .
"Begini Iza...semasa Iza nak kawin dan melanjutkan pelajaran ke USA dengan Rahim, emak gadaikan tanah ni pada Haji Seman untuk menampung kos tu semua. Dan emak bayar bulanan pada Haji Seman untuk ambil balik tanah  kita ni.. Malangnya selepas Haji Seman meninggal dunia,anaknya  Yusof Kayob kawan kamu tu pula nak jual tanah ni... katanya nak luaskan perniagaan kurmanya. Emak mestilah tak setuju  sebab emak berusaha bayar setiap bulan lagipun ni lah saja harta arwah abah kamu untuk kita........" 
" Tamak juga Yusof Kayob tu ..kawan baik abang tu kan ". Isteri triba triba memotong cerita emaknya sambil menjeling pada suaminya. 
" Tadi masa jumpa Usop ,dia tak cerita pulak pasal tu mak". Suami pula bertanya.
" Memanglah ....sebab tanah tu dah dibeli oleh Daud ! Jawab emak limah menahan sebak didada .
" Abis tu tak ada lah baik sangat Daud ni mak ". Jawab lagi si suami sambil menjeling semula pada isterinya .
" Jangan salah anggap.....sebab Daudlah tanah ni masih milik emak, Daudlah yang bantu emak selama ni bila isteri Daud yang kebetulan  adiknya Yusof ....dapat tahu masalah ni! Memang Daud tak pernah minta dan ungkit pasal bayaran dan harga tanah ni tapi emak rasa bila kamu dah balik sini,kamu belilah semula tanah ni dari Daud ...."Emak limah melepaskan hasrat yang dipendam pada anak dan menantunya yang masih terkedu dengan KISAH DAUD....Sahabat lama yang TIDAK DISENANGI OLEH SUAM I DAN KEKASIH LAMA ISTERInya......

"sEMOGA MENJADI IKTIBAR PADA KITa"
Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.