-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 11 Oktober 2012

BIL TNB DALAM BUAH KELAPA SAWIT

PEMBACA
Malam ni nak buat isu yang hot sikit ! Sana sini dalam blog (sebab isu ni tak akan masuk Tv atau berita prdana) orang merungut BIL TNB NAIK SEKALI GANDA.......Secara logiknya kalau nak naik hargapun tak kanlah sekali ganda?? Dan rasanya inilah KENAIKAN PALING "TARGIS " DALAM DUNIA .....mana ada negara lain dalam dunia ni bila NAIK HARGA sekali ganda kecuali Malaysia!! Ini  pastilah membebankan pengguna seperti kisah seorang rakyat biasa ni dibawah. 

Saya masih bujang , bekerja di Kuala Lumpur sebagai Kerani dan menyewa rumah Flat, seawal 7 pagi saya keluar bekerja, jam 10 malam baru saya sampai dirumah kerana saya bekerja part time di kedai makan  untuk menampung kos sara hidup. Begitulah rutin saya setiap bulan. Bila balik rumah pastilah saya penat, kadang kala Tv pun saya tak buka, terus lelap setelah tutup lampu di ruang tamu ......setiap hari eletrik yang digunakan dirumah saya cuma peti sejuk sahaja selama 24 jam, yang lain macam Iron baju, Charger telefon ,mesin basuh cuma sesekali saya gunakan. SETIAP BULAN BIL TNB SAYA RM115 ....walaupun dalam situasi begitu saya raya bil saya mahal tapi saya redha kerana mampu menjelaskannya. Tetapi saya terkejut kerana kini TIBA TRIBA BIL TNB SAYA MENJADI RM240 .....sedangkan rutin seharian saya macam saya nyatakan tadi tidak berubah, nak kata beli kelengkapan letrik baru...memang angan kosong saja mana saya mampu....

Kita lupakan dulu kisah Bil Tnb tu kita berbalik pada isu kedua KEJATUHAN HARGA BUAH KELAPA SAWIT .......sebab cuma ANAK PENEROKA SAYA YANG LAYAK BERBICARA HAL INI ......
Rata rata Peneroka Felda terkejut dan merungut dengan kejatuhan TARGIS buah kelapa sawit. MEMANG DIAKUI HARGA KOMUNITI KELAPA SAWIT JATUH ....TETAPI mengikut aliran harga minyak sawit dunia ,harganya TIDAKLAH MERUDUM SEHINGGA LEBIH RM100 SETAN !! Tak pernah terjadi lagi harga jatuh dengan nilai yang sebegitu besar dan rasanya CUMA DIMALAYSIA saja berlaku.....

Ok sekarang kita buat rumusan ......KENAPA BERLAKU DUA PERKARA DIATAS?? Adakah ini semua ada kaitan dengan BAJET 2013 YANG BARU DIBENTANGKAN OLEH PERDANA MENTERI ?? Jika ditanya pendapat orang ramai rata rata mereka menjawab begini.......

'BIASALAH!! KERAJAAN NAK GUNA DUIT BANYAK! NAK BAYAR BONUS LAGI, NAK PILIHANRAYA LAGI...tapi benarkah ?? 

Diharapkan sempena sidang dewan rakyat(PARLIMEN) yang sedang berlansung ini , semua wakil rakyat baik dari Kerajaan atau pembangkang dapat timbulkan isu ni.....seperti mana HANGATNYA ISU SAMAN AES yang tak habis habis RAKYAT JADI MANGSA!!

Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.