-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 29 Oktober 2012

Bijaknya Ratu JomgelakFM

PEMBACA
Dalam sebuah Butik Pelamin terkenal iaitu JINJIT PELAMIN di Teluk Panglima Garang telah didatangi oleh sepasang bakal pengantin yang berminat nak menempah pakej perkahwinan. Wartawan JomgelakFM berjaya merakam aksi TAWAR MENAWAR melalui kamera AES yang dipasang pada lampu syiling Butik tersebut...

" Masuk masuk....datang berdua saja ke? bakal mak mertua dan tukang masak kenduri tak datang?" Mesra Mak Andam menyapa pasangan itu. 

" Kah kah kah! Mereka sibuk. Emmm...banyak juga peralatan perkahwinan dalam butik ni". Bakal Penganti Wanita bersuara.

" Mestilah, kami di JINJIT PELAMIN menyediakan pelbagai pakej termasuk kuih muih sekali ,rendang tok pun ada, lihatlah pamplet yang atas meja tu..pilih mana pakej yang dihajati ". Pelawa Mak Andam yang bernama Ratu Anis itu. 

" Malulah pulok...er...er..er.." Kata Bakal Pengantin lelaki sambil membelek dan membelai pamplet diatas meja.

" Nak kawin mana boleh malu..kena berani baru lah dapat menternak dan beranak pinak dengan maju ...". Usik Ratu Anis sambil menjeling kedua pasangan tersebut.

" Er..er..er..nak pakej yang murah aja, maklumlah kami ni bajet kurang selesa ...faham sajalah ekonomi meleset lagipun saya cuma kerja jual kaset saja". Kata Bakal pengantin lelaki sambil diangguk dengan laju oleh tunangnya.

" Murah? Boleh boleh...Ratu Anis sedia membantu, kerana kami di JINJIT Pelamin tidak mengamalkan keuntungan semata mata, tapi KEPUASAN PELANGGAN itu penting..miahahahaha". Ratu Anis menyakinkan pasangan tersebut.

" Baguslah...kita dah melakukan pilihan yang tepat ni bang...ok kami nak........."......Maka berlakulah adegan tawar menawar dan tepuk tampar untuk pasangan itu memilih pakej yang mereka rasa mampu.....

SEMINGGU BERLALU INILAH GAMBAR PENGANTIN YANG SEMPAT JURUKAMERA JOMGELAKFM rakamkan .....MEMANG JIMAT!!! YANG PENTING MERIAH .......

tak GITU RATU ANIS?? Miahahaha




Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.