-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 19 Oktober 2012

AKHIRNYA AKU SENDIRI

PEMBACA


‎"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit" kata Fauziah lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya. "Cantik isteri abang hari ni", Usin mencubit pipi Fauziah lembut.

"Ayah, ayah, cepat lah ayah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilij kjerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni.." Fauziah hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan kerenak anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung cenggini ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang... Hehehe" Usin berkata kepada isterinya yang tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun lelap kat kerusi belakang. Begitu juga dgn isterinya, Fauziah. "Tak sabar rasanya nak tiba ke kampung..." Usin berkata dalam hati..

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah takj sabar untuk sampai ke kampunya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Hinda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejab pada anak2 dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, nape bawak laju sangat ni?" triba-triba Fauziah terjaga dari tidur. "Tak ada apa la sayang, rileks.. Cepat sket kita sampai kampiung nanti" "Sabar bang.. Sabar. Biar lamabt atk apa.. Jangan laju sanga bang, Gee takut" Fauziah cuba memujuk Usin.. Usin terus memotong bas ekspress didepannya tanpa was-was..
"Haaa.. Kan? Tengok. Tak ada apa2 kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspress tadi.. "Sudah lah abg... " "Ha tu ada satu lagi bas ekspress.. Sayang tengok abang motong dia aaaa.." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan..... Didepannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dann.... BANGGG!!

Usin... Bangun Sin,", sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya disitu.. "Mana Gee mak? Macamana dengan Fauziah? Farah... Adi.. Mana anak-anak saya mak?" bertubi-tubi Usin menyoal emaknya... Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi... Usin menangis semahu-mahunya didepan emaknya...

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Fauziah???" Usin masih terus menangis...

Triba-triba.... PANGGGGG!!!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya... Kenapa emaknya buat dia cenggitu? 

"BANYAKLAH ENGKAU PUNYA ISTERI? Kerja pun malas ada hati nak berbini... Tulah, tido lagi maghrib-maghrib cenggini!! DAH!! Bangun! Mandi.. Sembahyang!!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.....

Dan Usin tersengih kesorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin beskot!! Maluuuuuu.. Miahahahaha!

NURKILAN- EDITOR NUR

Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.