-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 12 September 2012

TERKINI, KOMEN PANAS Ning Baizura isu Arak

PEMBACA
Banyak email dan komen yang diterima tentang isu yang kami paparkan sebelum ni TENTANG PERSEMBAHAN NING BAIZURA DAN MIZZ NINA BERSAMA SYARIKAT ARAK GUNNESS -RUJUK SINI
NAMUN BUKAN TUJUAN KITA NAK MENYEKAT REZEKI ATAU MENJATUHKAN MARUAH SESIAPA,TETAPI MENJADI TANGGUNG JAWAB KITA UNTUK KONGSI PENDAPAT DAN KEMUNGKINAN SEDIKIT NASIHAT. Tapi kalau tak nak dengar nasihat atau menerima nasihat tak payah jadi Artis mahupun orang Islam ...itu lebih baik kerana TIDAK BOLEH ORANG ISLAM SENDIRI MEROSAKKAN AGAMANYA ! 
Seperti yang dijanjikan - Mizz Nina telahpun memberi komen ,kita KITA LIHAT PULA KOMEN DARI NING BAIZURA -Semoga penjelasan dari beliau dapat memberikan kita maklumat yang sebenarnya.....

IKUTI PENJELASAN NING BAIZURA dari Sumber - ZONARTIS.COM 

NING BAIZURA TIDAK TERLIBATKAN DI PERSEMBAHAN SOULED OUT “GUINNESS ARTHUR’S DAY”

Ning dengan dukacitanya telah mendapati bahawa Gambar Ning telah digunakan tanpa persetujuannya di dalam sebuah poster untuk persembahan bagi acara “Guinness Arthur’s Day” yang akan berlansung pada 28hb September 2012 di Souled Out, Mont Kiara. Poster ini telah disebarkan melalui laman internet.

Ning ingin menyatakan di sini, secara spesifik, am dan keseluruhannya, bahawa Ning tidak langsung terlibat dalam promosi “Guinness Arthur’s Day” sepertimana yang disalahgunakan dalam poster promosi itu.

Ning Baizura telah ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada 28hb September 2012 dan BUKANNYA ditempah oleh Guinness Anchor Berhad (GAB). Dengan maklumnya, kami ingin menegaskan bahawa, Ning TIDAK ADA SEBARANG KAITAN DENGAN PIHAK PENGURUSAN GAB.

Ning dan Pihak Pengurusan Happenings memang sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana Syarikat yang mempromosikan minuman keras. Ning dan Pihak Pengurusan Happenings juga tidak mengetahui dan terkejut tentang poster yang telah disebarkan melalui internet.

KAMI INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PIHAK BAHAWA NING BAIZURA TELAH MENARIK DIRI DARIPADA PERSEMBAHAN DI SOULED OUT YANG BERTARIKH PADA 28 SEPTEMBER 2012.



Photobucket

1 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.