-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 9 September 2012

Sultan pun KALAH dengan Lembu

PEMBACA
Disebabkan hari ni cuti ,so bawa lah sekelompok lembu ternakan yang masih berbaki hari raya tempoh hari   pergi bersiar siar ala ala JALAN JALAN CARI MAKAN diladang sawit jiran jiran. 
Dalam kelompok lembu ini ada seekor yang dianggap ketua atau raja yang bernama DUKUN PASIR , jadi kalau nak mudah bawa berjalan heret saja hidung si Dukun Pasir ni ,maka lembu yang lain akan ikut tanpa perlu disuruh .....Sekali sekala nampak seronok tapi itulah hakikat SETIANYA LEMBU pada ketua miahaha. 
Sambil tunggu lembu makan ,borak boraklah dengan pekerja Indon yang sedang tekun menyabit buah sawit ,sedang rancak berborak dengan Indon tiba tiba terpandang pulak Dukun Pasir dah menyeberang jalan ke sebelah sana. HUHHHHH!! Sungguh tamak keloba Dukun Pasir ni, rumput meriah lagi kat sini dia pergi kesana pulok!! Tak semena mena gerombolan lembu yang lain mula mengikut dan selamba menuju ke arah tempat Dukun Pasir. AH!! Jalan agak sesak sekarang ni.....Kena pantas bertindak supaya TIDAK BERLAKU KEMALANGAN ....
Sampai di tepi jalan kelihatan beberapa kereta dan beberapa ketul lori sudahpun berenti untuk memberikan laluan kepada LEMBU LEMBU MELINTAS JALAN........Dengan muka tak bersalah aku terus menghalau lembu itu supaya mempercepatkan proses menyeberang jalan,manalah tahu kot ada diantara pemandu kereta tu nak terkencing ke, terberanak ke .harus cepat....
TRIBA TRIBA siren polis berbunyi ........streeeeeeee!!! Dua biji motor polis trafik membrek mengejut !! Masih kedegaran ayat salah seorang anggota polis trafik tu berkata 'BERI LALUAN....BERI LALUAN......" Tapi ayat dan motornya tersekat disitu saja!! Hahaha, kan ada lembu MUSTAHIL LEMBU FAHAM miahahaha. Aku teruskan proses halau supaya lebih cepat lembu bergerak tapi tak boleh serius sangat kerana aku perlu BERLAKON LEMBU TU BUKAN AKU YANG PUNYA .....mesti selamatkan diri beb!! 
Bunyi lagi Siren Polis!! Nenoooooo........Neno......bersamanya beberapa kereta bertaraf VIP dan nampak dengan jelas salah satu kereta tu tertulis SULTAN .....Hah!! KES NAYA NI....cuma tinggal 3 ekor lagi lembu YANG TERAGAK AGAK NAK MENYEBERANG...mungkin lembu pun takut dan tahu ada SULTAN tunggu dia nak melintas
Dengan penuh debaran dan rasa CUAK .....aku halau ketiga lembu itu kedalam ladang semula! Terlompat lompat mereka larikan diri .
Laluan dah dibuka....kenderaan yang berhenti kerana DIDERA lembu aku mula bergerak termasuk kenderaan VIP Sultan......Tergetik dalam hati berkata

"KALAH JUGA ORANG BESAR NI DENGAN LEMBU" ......Fikirkan! 


Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.