-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 28 September 2012

DRAMA KEMETOT - Asap yang lesap 1

PEMBACA

Shot 01/1
Dalam kereta menuju ke kampung.........
"Bang dah nak sampai rumah mak ni singgah beli buah sikit... nak ? " Tanya Isteri .
" Emm....boleh jugak tu , tapi dah masuk kampung ni tadi tak ingatkan masa kat Pekan". Jawab Suami sambil menoleh kiri kanan mencari kedai buah.
" Cuba lalu simpang sana bang..mana tahu Daud meniaga buah lagi ." Cadang Isterinya menyebabkan raut wajah Suaminya triba triba berubah. 
" HUH! Nak jumpa kekasih lama nampak"? Duga si suami akan keikhlasan isterinya.
" Apalah abang ni......kesitu pulak!! Daud tu pun entah dah kawin ke aperr, tak mahu sudahlah!! " Bentak si Isteri marah dan merajuk secukup rasa. 
" Hahaha...ala abang gurau sajalah..." Pujuk suami sambil ketawa besar. 

shot 02/1
BMW mewah bernombor WWW 17 itu parking betul betul dihadapan gerai buah milik Daud . Agak lengang pelanggan petang itu. Gerai buah yang nostalgia bagi si suami , isteri termasuk Daud. Alunan lagu TERHENTI LAMUNAN seakan kembalikan nostalgia mereka.  Layan dulu baru ada feel baca drama ni hahaha
"Mama, belikan buah epal dengan tembikai !" Pesan anak sulung mereka sebelum isteri keluar kereta menuju ke gerai buah. 
"Adik nak apa ?" Tanya isteri pada anak kedua mereka yang sibuk mengadap PS. 
"Kalau ada cd game terbaru boleh belikan Mama! Red Alert tau". Jawab si anak membuatkan isteri terus keluar GERAM!.
"Encik ......Epal ni ....."Belum habis isteri bertanya...... 
"Izaaaaaa.....". Daud terus tergamam . Matanya tepat merenung wajah INSAN YANG PERNAH DICINTAI...walaupun sebak namun berusaha melayan permintaan isteri seperti tiada apa yang berlaku.
"Kenalkan ini isteri saya, Mas ......." Daud perkenalkan isterinya yang juga amat DIKENALI oleh IZA . Salam dihulur sambil mereka cuba melupakan kenangan lama. 
" Iza bila balik sini , suami dan anak.....berapa dah anak kamu". Daud cuba beramah mesra sambil cuba untuk senyum, 
" Dah 2 bulan bang, Hubby sibuk sangat ni pun baru sempat balik nak jenguk mak dan kawan kawan lama....emm...anak dua orang saja..abang pulak?". Iza seolah faham  dan cuba melupakan kisah lampau kerana MASING MASING ADA HALUAN HIDUP SENDIRI. 
" Nanti jemputlah datang rumah, hari Rabu ni kami buat kenduri cukul jambol anak ke tiga kami ......ala sekali balik biarlah lama sikit kat kampung ni Iza". Isteri Daud membuka bicara sambil senyum melihat suaminya Daud yang sibuk membungkus buahan yang dibeli IZA. 
" Iyeee!! Tahniah , Insya Allah kalau kami disini lagi..berapa ni....... " 
"Tak payahlah Iza...Sedekah saja lagipun kamu bukan selalu balik sini  hahaha'. Daud berkata sambil memandang isterinya .
" Betul tu Iza, ambillah!! ......kirim salam mak awak nanti ". Isteri Daud memberikan pesanan .
"Eh! Janganlah macam tu.....rugi nanti niaga" Isteri serba salah untuk menerima tawaran kawan kawan lamanya itu.....
"Apa sangatlah .....kesian suami dan anak kamu tunggu tu....Terima kasih Iza ingat dan sudi jengah kami disini. Kirim salam kat Rahim tuu....  " Daud memutuskan perbualan sambil menghulurkan buahan tersebut......Iza berjalan lemah menuju ke kereta sambil diperhatikan oleh Daud dan isterinya......

Sort 03/1 
"Daud dan isterinya kirim salam bang.....sampai hati tak turun sekali". Isteri berkata dengan perasaan berbuku lima dihati. 
"Ala....i ada call tadi .....lagipun 2 minggu kita kat sini nanti i jumpalah mereka ". Jawab suami menenangkan bengkak dihati isterinya .
" Mama!! Papa!! Kenal ke dengan Uncle jual buah tu tadi " Triba triba anak sulung mereka yang petah berkata dan selalu menyibukkan diri dalam hal orang dewasa bertanya .....Suami dan isteri saling berpandangan sambil tersenyum dengan gelangat anak sulung mereka. 
" Kenal kakak......Mama kamu lagiiiiiii kenal sebab itulah kekasih lama mama .....hahahaha" Usik suami sambil ketawa riang ria dipagi raya. 
"ABANGGGGGG!!!! Isteri menjeling mendengus marah !! 
"Wahhhhhh..ni cerita lama ni mama dan papa......nak tahu....nak tahu". Si anak mendesak ingin tahu walaupun tarafnya baru pelajar tahun 5 . 

BERSAMBUNG dalam episot seterusnya kena pengarah nak pergi cuci kasot miahahaha.........CUT!!!!!!!!!!! 

Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.