-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 27 September 2012

Bertuah punya anak

PEMBACA

Dari semalam Anas mengadu stoking sekolahnya hilang tapi ibu tak boleh buat apa ,memang sibuk sangat dengan aktiviti di pejabat. Hari ini Anas mengadu lagi yang dia terpaksa memakai stoking Baba dia yang kebetulan warna putih. HUH! patutlah Baba dia bising cari stoking pagi tadi. 

Endak tak endak sambil endah tak endah kenalah bawa Anas ke kedai belikan stoking baru selepas balik kerja tadi. Dah bawa Anas mestilah bawa adiknya sekali si Aniq . Selesai saja upacara membeli stoking dengan sedikit tawar menawar kami pulang kerumah dengan membeli lagi sedikit makanan....memang tak sempat nak masak malam ni ....huhu .

Selepas makan.. gembira lihat anak anak sibuk siapkan kerja sekolah masing masing ,maka terpaksalah ibunya juga menumpang sekangkang kera menyiapkan kerja Pejabat untuk MENUNJUKKAN CONTOH IBU YANG BAIK  walaupun hati meronta ronta nak menonton Cerekarama malam ni ...Toink!Toink! 

SEBELUM tidur ..........tiba tiba ANIQ masuk bilik dengan wajah sedih..HUH! Tak kan nak tidur dengan ibu malam ni ..nanti Baba dia balik rosaklah perancangan sulit suami isteri miahahaha. 

"Kenapa adik?" Sedih sangat ni". Ibu bertanya inginkan kepastian.
" Adik ada masalah lah ibu........" Jawab Aniq manja .
"Masalah apa pulok? Adik jangan macam macam.. tak kan ada masalah dengan Awek ,baru darjah 1 tau". Ibu memberi alasan lawak kononnya haha.
" Tak mainlah ibu awek awek ni, errr.........errrr.....cikgu tak bagi Adik pakai stokin ni esok........" Jawab Aniq sambil keluarkan stoking dari poket seluarnya. 
" Kenapa pula? Ibu dah dapat menjangka PERMAINAN ANIQ.
"Tak tahulah ibu, memang cikgu cakap tak boleh pakai stokin ni ,nanti BELI LAINlah ibu ......" Jawab Aniq yang TERUS MENJELASKAN MAKNA NIAT DIA SEBENARnya . MEMANG SAH SI ANIQ CEMBURU SEBAB ANAS DAPAT STOKIN BARU , sengaja dia cipta alasan TIDAK RELEVAN DAN KONKRIT untuk dapatkan STOKIN baru.  
"Yelah yelah esok ibu belikan, bukan Stokin saja, siap STOR sekali ibu belikan ..
HUH! Bertuah sungguh!! 

EDITOR NUR ......
Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.