-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 28 Ogos 2012

KISAH Lawak TELINGA

PEMBACA
Hashim bukanlah tak kacak, Hashim juga tidak dilahirkan cacat, tetapi keadaan tidak diduga yang menyebabkan Hashim tidak mempunyai telinga akibat kemalangan semasa mengambil selekoh tajam pada kelajuan 155kmj ..kasihan sungguh!
Bila tiada telinga, Hashim tidak pula putus asa, Hashim terus bekerja dan dinaikkan pangkat menjadi Pegawai dalam pasukan Rela dan pasukan kompang mewakili Taman Serendak.
Akibat dari jawatannya sebagai Pegawai, Hashim ditugaskan untuk menemuduga beberapa orang yang difikirkan layak untuk menjadi anggota  RELA bagi pasukan kompang Taman Serendak. 
Tiga orang telah berjaya dalam saringan kelayakan seterusnya, seorang demi seorang dipanggil oleh Hashim untuk di temuduga dan temuAKAL miahaha.
"Nampak kamu ni ok saja, kelulusan ada ,bagus,nanti kamu beritahu kamu keputusannya ,tapi sebelum kamu keluar saya nak tanya satu soalan". Hashim berkata pada calon pertama -Seorang lelaki yang smart dan kacak siap berbaju kompang dan berseluar Rela. 
" Apa dia Tuan? .Tanya lelaki tersebut .
" Kamu nampak apa yang pelik pada saya tak"? Tanya Hashim dalam debar.
"Mestilah ada, tuan tak ada telinga ,mula tadi saya ingat ayam nak interview saya". Lelaki itu tersilap kata dan terus disiku keluar oleh Hashim.
"Kamu satunya calon wanita yang berjaya ke saringan ini, ada tak apa apa soalan nak ditanya ". Hashim berdepan pula calon ke 2 seorang Wanita cantik dan bergaya manja . 
" Saya nampak tuan tak ada telinga, macam mana tuan dengar..guna hidung boleh ke?" Jujur wanita itu bertanya menyebabkan Hashim panas lubang hidung kerana panas telinga dia memang tak boleh! Tak semena mena wanita itu disiku keluar oleh Hashim. 
" Menurut rekod dalam ni kamu memang layak untuk jawatan ni, sebelum saya bagi keputusan  ada apa apa yang kamu nampak pelik pada saya tak?" Tanya Hashim pada lelaki terkakhir yang berkata mata besar berbentuk piramid . 
 " Ada tuan, saya nampak tuan pakai Contact lens". Lelaki itu menjawab sambil tahan gelak kerana seumur hidupnya inilah pertama kali dia jumpa manusia tanpa telinga .
"Bagus ,tapi macam mana kamu tahu saya guna contact lens" Hashim puas hati dengan jawapan lelaki itu dan terus menduga .
"  Hahahahahahaha....Hahahahahaa.....Dah tentulah tuan tak boleh pakai CERMIN MATA sebab tak ada tempat nak SANGKUT ". Jawab lelaki itu yang tak boleh tahan dah nak gelak !

Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.