-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 16 Ogos 2012

DRAMA HINA ISLAM...... Sedarkah ?

PEMBACA

Dalam akhir zaman ni dah ramai yang berani pertikai Islam itu sendiri, yang secara tidak langsung  telah MENGHINA agama baik dengan sengaja atau tidak. Jika orang bukan Islam yang menghina kita tidaklah boleh marah sangat,tapi apabila Islam sendiri hina Islam ......boleh bersabar? 

Kadang kala kita tidak sedar, kata kata atau perbuatan kita  sendiri telah menghina Islam contohnya dalam berpakaian ......"TUTUP AURAT TAPI NAMPAK URAT" haha

Lihat sedutan ayat ini .....

"Ko peduli apa,aku tak puasa ke,aku tak semayang ke, kubur masing masing beb! U jaga kubur u , i jaga kubur i ....I TAK SUSAHKAN U PUN " 
Biasa dengar ayat macam ni kan? 
Sambung lagi ayat seterusnya untuk jawapan nya

" MEMENG LER KUBUR ASING ASING ,masalahnya ko tahu ke bila ko nak mati dan tempat ko nak mati? Buatnya triba triba ko meninggal kat jalan raya dan kebetulan aku lalu dan  sebagai Muslim WAJIB AKU uruskan jenazah ko,tak kiralah ko musuh ke apa ke? Jangan takbur brader,mana tahu tangan ni yang usung jenazah ko nanti "........

Sedutan seterusnya.....


RASDAN DAN ROSMAH sama sama mencari rezeki di Putra jaya ,kebetulan pula tempat kerja mereka bersebelahan,jadi selalulah mereka berjumpa cuma jarang sekali bertegur sapa ,maklumlah mereka berdua tidak tahu sebenarnya mereka SEKAMPUNG iyolah keduanya belajar diluar negaree,balik kampung pun terperap dalam bilik layan internet saja. Sapalah nak perasan dan kenal.
 SEBAGAI ANAK MUDA KOTA, RASDAN BANGGA DENGAN IMEJ RAPPERNYA siap bertatoo lagi manakala Rosmah pula dengan imej GODA nya ,seksi dan jarang sekali dapat lihat Rosmah pakai cukup kain . KEBETULAN LAGI, emak Rasdan dan Rosmah berkawan baik,selalu mereka pergi belajar mengaji bersama, timbul lah hasrat untuk menjodohkan anak mereka berdua selepas raya ni walaupun kedua duanya tidak tahu rancangan emak masing masing. 
TRIBALAH HARI RAYA, EMAK RASHDAN PUN BAWALAH Rasdan kerumah Rosmah untuk sesi kenal kenal lebih mersa walaupun mereka sekampung sambil makan makan dan umpat mengumpat sedikit sedikit sebagai penyeri bual bicara. 
BILA ROSMAH KELUAR DARI BILIK ,Rasdan terkejut !!! BUKAN TERKEJUT SEBAB NAMPAK ROSMAH.TETAPI TERKEJUT DENGAN PENAMPILAN ROSMAH YANG BERTUDUNG siap dengan busana  MUSLIMAH lagi. Jangan ingat Rasdan saja terkejut..ROSMAH PUN TERKEJUT TENGOK PENAMPILAN RASDAN yang siap berjubah dan bersarban ala ala Ustaz Don gitu .....Maka dalam hati masing masing berkata
                                                                            "HEBAT LAKONAN U "...

Renungkan bukankah mereka sedang menghina agama sendiri??

Lihat pula petikan dari Ustaz Azhar tentang teori BIG BANG ,KENAPA PENULIS LAMPIRKAN VIDEO NI? Kamu baca komen komen diberi tentang video ni dan fikirkan -------HINA ISLAM KAN??



Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.