-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 8 Ogos 2012

ADA BANYAK RAHSIA? Nak selamat cuba ni

PEMBACA
SETIAP orang dizaman komputer ni pasti memiliki komputer dan jarang sekali yang memiliki komuter miahaha. Paling lekeh pun pasti ada Iphone yang serba canggih tu. Tak kisahlah apa yang kamu miliki,pastinya ada kala kita PERLU PRIVACY ATAU SEMBUNYIKAN FAIL FAIL PENTING kita dari dilihat oleh mereka yang tidak sepatutnya. 

Tips kita kali ni ialah MACAM MANA NAK BUAT FOLDER atau rumah fail penting  kita tu SELAMAT dari dibuka oleh sesiapa tanpa kebenaran bermulut dari kita. KITA AKAN LETAK PASSWORD PADA FOLDER TERSEBUT, ganas bukan? Meh meh cuba. 

Langkah awal, kamu mestilah mempunyai folder untuk simpanan fail tersebut,jika kamu tidak ada folder tapi cuma ada HOLDER tak perlulah cuba tips ini haha. 

-KLIK PADA FOLDER Yang kamu mahukan itu SEKALI DAN KLIK KANAN, pada menu dipaparkan klik Properties macam gambar ni 

-KEMUDIAN KLIK PADA SHARING DAN TIK(tandakan) pada kotak MAKE THIS FOLDER PRIVATE .....


-SETERUSNYA KLIK OK DAN ANDA AKAN DAPAT menu seperti dibawah, KLIK YES untuk cipta PASSWORD 


-ISIKAN PASSWORD YANG SENANG DIINGAT dan beritahu pada kawan anda hahahahaha. Dah siap 

LANGKAH KEDUA SEMBUNYIKAN FOLDER TERSEBUT.

-Klik pada folder yang mahu anda sembunyikan dan klik kanan dan pilih properties sekali lagi.
SETERUSNYA TIK atau tandakan pada kotak HIDDEN macam gambar ni 

SEKARANG FOLDER KAMU DAH HILANG,UNTUK MELIHAT FOLDER TERSEBUT, 

KLIK PADA MY COMPUTER -----> TOOLS --->FOLDER OPTIONS--->VIEW -------->SETERUSNYA TIK (tandakan ) pada show hidden file and folder, KLIK OK dan folder anda muncul semula tanpa keraguan munasabah.


Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.