-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 24 Julai 2012

PEDOMAN- KISAH KAPAL AL-Ramadhan

PEMBACA
ALLAH ITU MAHA KAYA DAN BIJAKSANA, DIA JUGA SEBAIK BAIK PERANCANG,SETIAP YANG BERLAKU ADA RAHMAT UNTUK KITA RENUNG SEBAGAI PEDOMAN HIDUP...Secebis kisah kisah menarik untuk bacaan anda..

" Tuan haji, saya baru dapat maklumat dari anak kapal kita, laluan masuk di Israel telah dikepung oleh pengganas ,kemungkinan kapal  kita kena serang". Kecoh salah seorang PA yang memaklumkan pada ketuanya. 
"Sabar, kamu dapatkan kerani akaun kita ". Arah Ketuanya yang sudah bergelar Haji itu dengan tenang sambil menyambung membaca Al-Quran .
"Baiklah tuan haji,"Jawab PA tadi walaupun pelik dengan arahan yang diterima. 
"kAMU semua jangan risau ,Insya-Allah kapal kita selamat kerana Allah sentiasa memudahkan urusan kita selagi kita berpegang pada talinya."Tenang Tuan Haji itu memberikan pendapat dalam mesyuarat tergempar 2 jam selepas berita serangan itu diterima .
Setelah habis mesyuarat, PA itu menghampiri kerani Akaun dan bertanya padanya.
" Apa yang Tuan Haji tanya kamu tadi masa dapat berita serangan kapal ". Tanya PA ingin tahu .
"Tuan Haji cuma tanya, ZAKAT kita macam mana, ada tak kita tertinggal ,saya jawab semua dijalankan dengan baik ,itu saja. " Jawab Kerani Akaun itu menyebabkan PA itu makin pelik ,maklumlah dia baru ditukarkan ke Pelabuhan itu minggu lepas.
Malam itu mereka mendapat berita mengejutkan, kapal milik mereka selamat dari serangan di Gaza dan untuk lebih yakin PA itu sendiri berhubung dengan Kapten kapal untuk tahu kedudukan sebenar.  
"KAPTEN itu menjelaskan, semasa mereka hendak memasuki kawasan pelabuhan  GAZA,tiba tiba berlaku angin dan ribut taufan yang amat kuat yang menyebabkan mereka terpaksa MENUKAR laluan untuk meneruskan perjalanan mereka iaitu menghantar bekalan makanan dan ubatan untuk rakyat Palestine!!   سبحان الله (SubHaan Allaah)!!


Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.