-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 29 Jun 2012

Pabila Cemas dan Panas

PEMBACA
Ying Lili Zira ialah seorang penternak barang kemas yang berjaya, pelbagai bentuk barang kemas dia ada,termasuk sebuah Tadika Kemas. Boleh kata  pantang ada bentuk barang yang baru dipasaran, pasti Ying Lili Zira akan mengemas baju dan duitnya untuk ke kedai Kemas dengan seberapa segera. 
Kebetulan Hajib Sewel ada mengadakan promosi barang kemas maka tanda perlu membuang masa Ying Lili Zira terus menuju ke kedai kemas tersebut dengan memakai pakaian yang kemas. Dia pun terus membelek belek barang barang kemas yang disusun kemas dalam kedai tersebut. 
Maka Terjumpalah dia satu bentuk Cincin Dulang Delima yang jika di sarung dijari  cincin itu bertukar menjadi rantai,jika disarung di leher,rantai itu bertukar menjadi cincin, memang pelik dan hebat cincin sebentuk dulung delima itu hinggakan Ying Lily terkentut kentut punya bersemangat nak membeli cincin itu. 
Dengan malu malu akibat terkentut tadi ,dia pun selamba merapati Jurujual dengan harapan jurujual itu tidak perasan Ying Lili telah melepaskan GAS nya secara sengaja dan tidak sengaja. Tanyalah Ying Lili Zira 
"DIK berapa harga cincin ni". Ying Lili Zira buat muka serius.
" Kalau tengok bentuknya saja, Puan boleh terkentut, pasti puan akan terberak kalau saya sebut harganya!" Jawab Jurujual tersebut sambil senyum senyum manjaa
  
TIPS UNTUK ANDA , Jika anda berada dalam LRT dan baru pulang bekerja dalam keadaan Penat kerana kerja banyak di ofis,dalam LRT pula penuh sesak dengan orang dan anda terpaksa berdiri ,boleh cuba teknik ini terutama Wanita ,teknik ini amat selesa dan dijamin selamat serta dapat menghilangkan Penat,cuma PENAT yang melihat miahahahahaha


FAKTA- Tahukah anda, Mouse @ Tetikus, keyboard@ Papan Kekunci BILA ROSAK, PASTINYA TIDAK DISEBABKAN OLEH VIRUS KOMPUTER DAN PERLU DIFORMAT! Ingat jangan sampai anda diperbodohkan oleh Juruteknik Komputer miahahaha. 

Photobucket


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.