-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 30 Mei 2012

TIPS- Jika Skrin LCD Laptop ROSAK

PEMBACA

Seperti juga kerosakan Keyboard atau papan kekunci yang boleh diganti tanpa mengeluarkan belanja yang besar (RUJUK DISINI ) ,Skrin LCD laptop atau notebook juga boleh menggunakan cara yang sama.

Sebelum itu serba ringkas, punca utama kerosakan pada Skrin LCD ialah kabel (Wayar) yang tercabut akibat kekerapan kita buka dan tutup laptop dengan aksi ganas ataupun terjatuh selain kerosakan pada hardware part.

NAK TAHU Skrin LCD rosak ialah apabila kamu buka laptop tetapi tiada apa apa dipaparkan, tetapi lampu pada laptop(Hard disk) berkelip kelip menandakan ianya bergerak. ATAUPUN paparan yang dipaparkan menyakitkan mata seperti GAMBAR KABUR, Ada garisan tanpa pembaris yang muncul secara suka rela, paparan imej jadi kecil kononnya nak jimat ruang miahahahaha. 

Kos untuk baiki skin LCD dianggarkan dalam RM500 KEATAS ,TETAPI JIKA KAMU NAK JIMAT boleh ikuti langkah dibawah....

- Dah pasti Skrin LCD rosak? Bukan enjim motor atau kereta yang rosak tau! Bila dah pasti kamu dapatkan sebiji Monitor lama samada yang menggunakan kabel VGA atau USB seperti gambar dibawah. 

-SAMBUNGKAN KABEL POWER CODE (rujuk Gambar) ke monitor dan plug(bukan plug motor tau)

SAMBUNGKAN KABEL DARI MONITOR ke Port VGA atau USB Laptop dan hidupkan laptop @notebook (Rujuk Gambar dibawah -).

-INILAH PORT VGA yang terdapat pada Laptop kamu(Rujuk lagi gambar dibawah) kalau tiada port ini kamu cari kabel yang dapat menggunakan fungsi USB macam contoh gambar diatas.



 Sekarang kamu dapat gunakan laptop kamu dengan MUDAH JIMAT DAN MURAH,CUMA tak lawa laaa ada sebijik monitor miahahahahaha, apapun YANG PENTING JIMAT!! 
Selamat Mencubaaa


TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.