-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 5 Oktober 2011

TIPS Rahsia Wanita jika diserang penjahat

PEMBACA

Langkah Mempertahankan Diri Untuk Wanita


Hye, Kali ni nak share lagi tips dalam kehidupan.Kali ni nak fokus pada perempuan sahaja. Tapi tak salah kalau yang lelaki pun nak ambil tahu sama. Wanita ni lemah? Betulker? Lemah ni bermaksud perempuan ni sensitif dan lemah lembut dan tak suka kekerasan. Kalau dah lemah macam mana nak berlawan dengan orang jahat. Tak kan orang jahat ni sempat nak berfikir eh dayus pula pukul perempuan kan. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga khas untuk perempuan korang perlu tahu langkah-langkah asas untuk mempertahankan diri.
Tips ni just nak share sebagai langkah berjaga-jaga takut kalau tertiba korang kena ragut ker, kena kacau dengan orang jahat ker tak pun time kena pukul dengan boyfriends korang (bf lah sangat). Senang jer nak ikut latihan ni. Kalau korang rajin korang boleh berlatih mengunakan teddy bear atau roomate korang ker.. tapi kalau tak sempat nak berlatih makesure u all ingat salah satu atau kesemua step mempertahankan diri dibawah :
Langkah 1: Tenang dan bersedia : cool and steady! jangan panik! penting k.
Langkah 2: Elak Tangkapan Penjahat : Mengelak dari ditangkap oleh penjahat. Kita perlu bergerak ke kiri, kekanan, atau ke tunduk ke bawah.
Langkah 3: Gunakan Tujahan Maut :  Tujahan Maut pertama sesuai untuk perempuan sebab tangan kita ni tak berapa nak kuat, so kita pun gunakanlah kepala untuk membuat tujahan tepat ke muka atau yang paling best di bahagian leher penjahat tu!!. Kalau kena tepat confirm Si Penjahat akan duduk hospital bertahun tahun..hehehe...
Langkah 4: Hentakkan Maut kepala lutut : Hentakan Maut Kepala lutut ni memang sesuai kot untuk penjahat tu. Jadi kita/mangsa memang bagus sepenuh hati kekuatan kat situ. Harap-harap janganlah jadi apa-apa kat penjahat tu...haha...
Langkah 5: Hentakan Siku Kegeraman : Tak cukup dengan tu kita bagi lagi satu hentakan maut kat belakang. Kasi si penjahat tu  muntah hijau. Baru dia tau erti penyesalan!! hahaha!
Langkah 6: Hentakan Kepala Lutut Halilintar Bara : Tak dan penjahat tu nak muntah pelangi,kita kasi lagi buah tangan!!.Kali ni tepat kat muka penjahat. Memang segala kemuntahan hijau sebelum ni termasuk balik ke dalam perut. Kira sebagai sahur di pagi ni...!!
Langkah 7: Sepakan Maut Bechkam : Bila penjahat tu jatuh, kita kasi sepakan maut BECHAM yang tak masuk penalti. Sepakan ni khas di cipta untuk orang macam penjahat tu...wat jahat lagi kan! Kasi hentam sama diala!! pe lg tunggu!!
Langkah 8: Kuisan Kaki KL Gangster : haa!! yang ini PELENGKAP segala sejurus kita kasi sepakan menghalau,  dengan nada "Nyah kau dari sini.. ini Taiping aku yang pegang" .!!! hehehehhehe.....
Nurkilan - 

BERMINAT JADI EJEN CELCOM BROADBAND DAN TMNET? SEMUANYA PERCUMA ,CARI PELANGGAN DAN KOMISYEN LUMAYAN DIBAYAR OLEH TM DAN CELCOM SECARA ONLINE PADA ANDA!! KITA SAMA-SAMA DAPATKAN PENDAPATAN TAMBAHAN CARA YANG HALAL DAN DIYAKINI.. 
KLIK SINI  
KENALI APAKAH PROGRAM INI DAN PANDUAN PENDAFTARAN 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.