-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 5 Julai 2011

Sambal

PEMBACA
Assalamualaikum semua yaa pembaca-pembaca;

Tiba-tiba penulis terasa ingin berkongsikan tajuk berkenaan dengan sambal. Sambal adalah salah satu perisa makanan yang paling popular di Malaysia. Sambal dicipta untuk memberi rasa kepuasan dan sedap apabila dimakan dengan nasi dan lauk-pauk, yang telah menjadi makanan ruji rakyat Malaysia, Melayu amnya. Di Malaysia terdapat banyak jenis sambal yang sedap-sedap belaka. Ada sambal moden dan tradisional. Orang kata, sambal tradisional rasanya lebih memukau dan sangat sedap.

Penulis sendiri pernah merasai hampir kesemua jenis sambal yang ada di negara kita ini. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang bekerja di hotel sebagai tukang masak, sambal adalah salah satu penambah perisa makanan yang digemari. Ternyata bukan sahaja rakyat Malaysia yang sukakan sambal, bahkan rakyat eropah juga meminati sambal. Biarpun mereka ini jenis yang tidak sukakan pedas, sekali rasa, mereka mahu lagi, kerana keunikan rasa dan kesedapan sehingga mengeluarkan peluh dan merah padam muka mereka ketika memakan sambal belacan contohnya. Mereka dapat merasakan satu kenikmatan apabila sudah merasai kehebatan sambal Malaysia. Bagi rakyat Malaysia apatah lagi, memang sudah jadi kegemaran setiap lapisan masyarakat.

Jadi tidak hairan lah ada pepatah menyebutkan "Cinta itu umpama sambal belacan", walaupun ia pedas(sakit ertinya bagi bercinta), tetapi kita masih mahu mencari dan merasainya.

Penulis sediakan jenis-jenis dan gambar-gambar sambal dibawah:

Sambal Kacang

Sambal Petai Ikan Bilis

Sambal Tumis

Sambal Tempoyak

Sambal Kelapa

Sambal Belacan Cili Kering

Sambal Asam Gelogor

Sambal machang/Bacang

Sambal Belacan (Favourite!!!)

Sambal Quinin (buah quini) atau Plum Sauce


p/s: Untuk resipi, sila rujuk http://www.myresipi.com/

Dari Meja Leptop Penulis

sinacmusic

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.