-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 13 Julai 2011

Ibu Upah - Upah Ibu

PEMBACA

Assalamualaikum semua, diharap ceria-ceria selalu. Disini saya ingin mengkongsikan tentang satu situasi dimana seorang anak dan ibunya dirumah. Hal ini selalu terjadi pada hari ini dimana kita meminta untuk dihargai atas sesuatu pekerjaan yang dilakukan. Tapi apakah penghargaan itu satu kemenangan dan kepuasan bagi kita? Mari kita saksikan artikel dibawah:


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk

menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut

kertas yang

dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.


Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00

2) Tolong jaga adik RM4.00

3) Tolong buang sampah RM1.00

4) Tolong kemas bilik RM2.00

5) Tolong siram bunga RM3.00

6) Tolong sapu sampah RM3.00


Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak

sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang

pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.


1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &


keperluanmu - PERCUMA


Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang

dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,


"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada

mukasurat yang ditulisnya.


Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who's

next? My Mother!


Jadi apakah yang bermain difiran anda sekarang? Kongsikan artikel cerita ini pada semua orang agar sama-sama mendapat petunjuk bahawa keikhlasan itu sebenarnya adalah kunci sesebuah kejayaan..Insyaallah



sinacmusic



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.