Tweet |
19 Ogos - Selepas dramatis,
Rita Rudaini mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan Aidil Zafuan
menceraikannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada bulan puasa adalah
perbuatan orang yang cetek ilmu agama, kembar kepada Aidil iaitu Zaquan Adha
menerusi laman Twitternya membidas kenyataan Rita itu yang dianggap sebagai
melampau...
Zaquan yang juga suami
kepada pelakon Ayu Raudhah turut menasihati Rita supaya bermuhasabah diri
terlebih dahulu sebelum menyentuh hal agama dan berhenti daripada menagih
simpati orang ramai dengan memburukkan nama keluarganya.
"Jangan sesedap
mulut cakap orang cetek ilmu agama, cermin diri dulu sebelum nak sentuh hal-hal
agama dan kalau rasa diri itu tinggi ilmu agama, mari bersemuka. Sudah-sudahlah
nak raih simpati orang. Lagipun, kau boleh sentuh hal rumah tangga kau sahaja
tapi jangan babitkan orang tua dan keluarga aku," kata Zaquan menerusi
Twitternya yang dipetik dari Sinar Harian.
Terdahulu, media
tempatan melaporkan Rita Rudaini telah memberitahu dirinya sudah memulakan fasa
baru dalam hidupnya selepas diceraikan Aidil Zafuan dengan talak satu pada 4
Ogos lalu iaitu malam 27 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa.
"Diceraikan pada
bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam.
Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid
pada bulan Ramadan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada
saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam Lailatul
Qadar. Tapi, Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar?
"Saya bukannya
cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama
Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun
menantu. Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh
dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin
lari di Songkhla , Thailand . Sanggup harungi
lautan api. Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan
saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga,
kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama?
"Saya tidak kesal
diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah
ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak
sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?," kata Rita.
Renung-renungkanlah wahai suami...
Tweet
0 Mesej diterima:
Catat Ulasan