Tweet |
BERLARI DALAM KEADAAN BOGEL SELEPAS DISERBU
Shah Alam – Sekumpulan gadis tukang urut warga
asing sanggup berlari dalam keadaan bogel selepas premis tempat mereka bekerja
di Buki Tinggi, Klang, di sini, diserbu sepasukan anggota Penguat kuasa Ibu
Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya malam kelmarin.Ketika serbuan dilakukan kesemua tukang urut terbabit sedang leka melayan urutan badan ke badan (B2B) bersama pelanggan masing-masing di bahagian tingkat bawah premis terbabit.
Timbalan Penolong Pengarah 2 Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat awam.
Menurut Shahanizam, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua 14 wanita ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
“Mereka
Nik Shahanizam berkata, 10 pelanggan yang berada di premis terbabit turut diambil keterangan sebelum dibebaskan. Seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pemilik premis turut ditahan.
Difahamkan modus operandi kegiatan ini ialah pelanggan boleh membuat temu janji terus dengan menghubungi wanita yang diinginkan dengan bayaran RM135 bagi setiap sesi.
Kesemua ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen.
Alahai... macam2 hal skrg ni... yang untung yang tukang tangkap tu an an an?? miahaha!!
Tweet
0 Mesej diterima:
Catat Ulasan