-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 7 Mac 2015

SEKALI LAGI TAN SRI ISA SAMAD DIMALUKAN KERANA FELDA

PEMBACA

Walaupun beritanya cuma untuk membantu siasatan,tetapi Nur berharap ianya dilakukan dengan telus dan beramanah..janganlah dibebankan peneroka lagi setelah kejatuhan saham FGV...


Ini lampiran berita anak TS Isa Samad di siasat SPRM......

Anak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam untuk merakam kenyataannya berhubung pembelian hotel bernilai ratusan juta ringgit di London.

"Ia bukan tangkapan tetapi kenyataannya telah diambil bagi membantu siasatan berhubung kes itu," kata satu sumber yang mengetahui mengenai siasatan itu kepada Malaysiakini tetapi tidak mahu namanya disiarkan.

Siasatan itu adalah berhubung pembelian Grand Plaza Kensington berharga RM330 juta, yang kini dinamakan Park City Hotel.

Felda sebelum ini telah membeli Apartment mewah Grand Plaza di Bayswater, London.

Terdahulu, dilaporkan bahawa seorang pegawai kanan Felda yang ditugaskan dengan anak syarikat Felda -  Felda Investment Corporation - telah ditahan pihak berkuasa sejak hari Ahad. Turut ditahan ialah seorang yang didakwa menjadi orang tengah urusan tersebut.

Isa, yang juga bekas bekas menteri besar Negri Sembilan melancarkan Park City Hotel pada Disember 2014.


Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.