-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 10 Mac 2015

PELAJAR BERTUDUNG DIPAKSA BERSELUAR PENDEK JADI VIRAL

PEMBACA
Salam jumaat katanya,  tapi lihat JARIII remaja ni?? 

#jadiviral
#kantoi
Diawal musim persekolahan ini,rata rata sekolah sedang menganjurkan sukan tahunan mereka ,namun acara sukan sebuah sekolah di Johor menjadi viral apabila didakwa pelajarnya yang  bertudung dipaksa berseluar pendek....saksikan pendedahannya
Pemuda PAS mendakwa mendapat maklumat terdapat sekolah di Johor memaksa pelajar perempuan beragama Islam memakai seluar pendek yang ketat untuk menyertai sukan lumba jalan kaki.

Ketuanya Suhaizan Kaiat memuat naik sekeping gambar memaparkan seorang pelajar memakai tudung, berbaju lengan panjang tetapi berseluar pendek ketat berwarna hitam.

Kelihatan janggal, sebahagian paha perempuan itu terdedah.

Berdasarkan gambar, acara itu berlangsung di sebuah balapan lumba yang mengelilingi sebuah padang.

Ia dikatakan berlaku dalam kejohanan anjuran sebuah majlis sukan-sukan sebuah daerah di Johor.

Malaysiakini tidak menamakan majlis daerah itu sementara menunggu reaksi daripada mereka.

Ekoran perkara itu, Suhaizan juga mengarahkan Pemuda PAS Johor menyiasatnya dan menyampaikan teguran kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Dalam tulisan lain di Facebook sama, Suhaizan bagaimanapun mengakui faham bahawa peraturan lumba jalan kaki memerlukan pengadil melihat lekukan lutut peserta untuk membezakan antara berjalan atau berlari.

Cara paling mudah, katanya, dengan meminta peserta memakai seluar pendek.

Bagaimanapun, kata pemimpin dewan itu, amalan itu sama sekali bertentangan dengan syariat Islam, khususnya bagi peserta wanita Muslim.

“Antara penyelesaiannya adalah memastikan pelajar wanita memakai set lengkap ketat berwarna gelap seperti dalam gambar (bawah) dan berseluar pendek yang longgar.

“Pihak kementerian pendidikan perlu memberikan perhatian berkenaan isu ini,” katanya lagi.

Guru Muslim: Kaji semula peraturan

Sementara itu, Ismaweb pula melaporkan Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (I-Guru) sebagai menggesa kerajaan menyemak semula peraturan pemakaian sukan sebegitu.

"Kita mahu setiap sukan yang diadakan masih menjaga adab dan sensitiviti umat Islam terutamanya dalam aspek pemakaian.

"Jadi, kita minta kepada pihak bertanggungjawab untuk kaji dan semak semula peraturan seperti itu," setiausahanya Nur Aizam Idris dipetik sebagai berkata.

SUMBER SINI 



Mengikut peraturan acara lumba jalan kaki, pengadil memerlukan untuk melihat lengkukkan lutut peserta untuk membezakan di antara berjalan kaki atau berlari. Cara yg paling mudah adalah dengan meminta peserta memakai seluar pendek. Ini bertentangan dengan syariat Islam khususnya peserta wanita Muslim. Antara penyelesaianya adalah mempastikan pelajar wanita memakai set lengkap tight berwarna gelap seperti dalam gambar dan berseluar pendek yg longgar. Pihak kementerian pendidikan perlu memberikan perhatian berkenaan isu ini.
 · Comment ·  · 2331

Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.