-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 22 Mei 2014

SEGALANYA BERMULA PADA JUMAAT........-DARI IMAM MOHD FAIYAT MOHD AMIN!

PEMBACA

"Dapat keja Fayat?" Tanya Rosli.

"Tak .....kata mereka aku tak layak,sijil pun tak lakuu......."Mohd Faiyat mengeluh sedih.

"Sabarlah.....memang susah nak dapat kerja kalau kemahiran ko pada agama saja...." Kata itu menyentakkan perasaan penulis untuk tahu lebih lanjut apa yang kedua remaja di meja sebelah ini ceritakan.

"Itulah, sesekali nyesal jugak...mungkin Allah nak uji aku agaknya. " Katanya menahan sebak lalu penulis hampiri kedua remaja tadi untuk berkongsi kisahnya........"Mohd Faiyat belajar di Mesir, kemahiran agamanya tidak mampu menjamin dia mendapat kerja berbanding rakan rakan sekelasnya yang habis belajar di UK, di Australia di USA....

Itulah realiti yang menghantui Mohd Faiyat yang penulis kenali, nak bantu beliau dapatkan kerja memang susah malah rakan rakan penulis di mana mana Jabatan Agamapun tidak dapat membantu.....TIADA KEKOSONGAN....jawab mereka!

Tapi rezeki Allah itu luas, dia cuma mahu menguji hambanya, setiap ilmu yang kita ada itu ada GUNANYA, ada REZEKINYA yang kita sendiri tidak nampak seperti rahmat Mohd Faiyat dalam kisah seterusnya dibawah.

Kata Mohd Faiyat, rezekinya muncul apabila dia tiba awal di masjid kampungnya, ketika beliau hendak menjejakkan kaki ke dalam masjid,beliau mendengar rungutan beberapa AJK Masjid yang ada masalah kerana kedua dua imam bertugas sakit.....Siapa nak BAWA SOLAT JUMAAT??  Bukan tiada dikalangan AJK yang boleh menjadi Imam tetapi KURANG KEYAKINAN dan kurang pengalaman.....iyelah! Nak urus solat Jumaat ni bukan perkara mudah, tidak seperti solat jemaah 5 waktu....ada tertibnya, karang tersilap langkah habis semua makmun sekampung menanggung akibatnya.

"Cuba tanya anak saudara aku,katanya dia ada pengalaman jadi Imam kat satu bandar kecil di Mesir untuk solat Jumaat ....."Kata Rahman salah seorang AJK Masjid yang juga bapa saudara Mohd Faiyat.

Bermula dari situlah Mohd Faiyat mendapat rezekinya setelah Imam satu meninggal dunia,lebih mengharukan lagi dikalangan jemaah jemaah beliau termasuklah rakan rakan sekelas beliau yang belajar di UK, Australia dan USA tadi......

JOM SOLAT JUMAAT!! .........

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.