-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 19 April 2014

TIPS BERHARGA PM TURKI KEPADA DS NAJIB RAZAK

PEMBACA

INI LAWAK REKAAN ,cuma ambil mana yang elok "..........

"Pat Dogan! Pat ! Karang Kak Mah sampai susah lakk....." (Setelah dialih bahasa)


" Nak ambil selfie ngan aku ke Jib?(Juga setelah dialih bahasa) err.....ko ada kutu tak?" Aku kan pe teringat PESANAN ARTIKEL DIBAWAH NI.....
Berfikir dua kali sebelum mengambil gambar selfie bersama rakan… kerana mendekatkan kepala dengan rakan anda mungkin membawa kepada penyebaran kutu!
“Saya melihat peningkatan yang banyak dalam penyebaran kutu kepala di kalangan remaja dalam tahun ini, umumnya dahulu saya merawat ramai kanak-kanak kerana mereka memiliki risko head-to-head contact yang tinggi, namun sekarang remaja mendekatkan kepala masing-masing untuk mengambil gambar menggunakan telefon bimbit,” kata  Marcy McQuillan dari syarikat Nitless Noggins.
Syarikat berkenaan menyediakan perkhidmatan pengawalan dan pembuangan kutu.
Vanessa Mor dari Pusat Kawalan Kutu Oakland turut mengesahkan peningkatan kes kutu di kalangan remaja dan individu dewasa.
Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan selfie tetapi pada masa yang sama tidak pula menolak kemungkinan peningkatan berkenaan berpunca daripada tingkah laku sosial yang demikian.
“Ia memang benar-benar masuk akal. Untuk dijangkiti kutu, anda perlu mempunyai hubungan yang terus seperti menggunakan tuala yang sama, berkongsi headphones atau menggunakan alat pengkerinting rambut milik orang lain atau berkongsi topi, baju dan skaf,” kata Mor.
Namun, tidak semua menerima dakwaan demikian. Malah seorang pakar berpendapat peningkatan jangkitan kutu kepala ada kaitan dengan ‘sesuatu pihak cuba menjual sesuatu barang’.
“Bebila ada salon tak guna yang membuka cawangan baru, pasti akan ada epidemik, ia bagus untuk perniagaan,” kata Dr Richard J. Pollack dari Sekolah Kesihatan UMUM Harvard kepada NBC News.
Pollack yang menjalankan perkhidmatan petunjuk dan pengenalan serangga – IdentifyUS berkata, beliau tidak melihat sebarang bukti penyebaran kutu di kalangan remaja yang gemar mengambil gambar selfie atau mana-mana kumpulan remaja yang lain.
“Remaja hampir tidak ada kutu,” katanya.
Bagaimanapun, Pusat Kawalan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat mempunyai beberapa tip berkaitan mengekang penyebaran kutu… yang pertama sekali ialah elakan mengelakan head-to-head contact semasa bermain atau sebarang aktiviti lain.
Jadi, mengelakkan selfie dengan rakan lain mungkin satu pilihan yang bijak.

"Aku rambut pun dah kurang Dogan, memacam hal nak kena pikir...MH370 kosong la,utang negara la.........dah dah pat pat senyum...senyummm......"


"Eh! Nak gi mana lak tergesa gesa ni Jib...share la dulu gambo ni kat FB aku ".

"Aku nak gi pesan kat Kak Rose ko la......JANGAN SUKA NGAT SELFIE,karang kutu merebakk,akuuuuuu gak yang susah".

"Tak payahhh....aku ada TIPS baik punya untuk Kak Rose tu untuk elak KUTU merebak semasa Selfie....."

"Wooooooo,dasat la koooooo....pe dia......."

"SURUH KAK ROSE PAKAI TUDUNG"..........

Err.......ampun Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah.........Cabotttttttttttttt!!!

FIKIR FIKIR......Aduhaiii! 

Aku rasa aku hidup susah. Tapi ada lagi yang lebih daif. Satu motor 6 penumpang (ada yang terlindung).


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.