-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 9 April 2014

TERSEBAR! KENAPA TENTERA AUSTRALIA NI ADA DALAM NEGARA KITA??

PEMBACA


Dikala semua mata dan telinga kita sedang menanti dengan penuh debaran apa kesudahannya ISU #MH370 dari Australia, kita pasti terkejut dengan bukti yang disebar tentang KEHADIRAN tentera Australia dalam negara ini.......apa sebabnya?
Lihat bukti bergambar yang disebar di Media Internet dibawah. Ini bukan penipuan ,ini kebenaran....siap makan makan lagi kat KFC......entah entah mereka baru terima duit BRIM kot......ehh! Tak pun sebab Ayam KFC kat negara kita murah...singgit jer tu la pasal......ehh! Eh! 

Negara kita akan terjajah? Negara kita terancam ? Ini adalah tuduhan biasa yang akan kita lihat jika kita tidak memeriksa isu ini dengan betul kerana memang ada beberapa pihak yang sengaja mencipta isu untuk MEMANASKAN SUASANA.

Lihat beberapa komen dibawah yang MUNGKIN dapat memberikan JAWAPAN pada persoalan diatas. 

KOMEN DARI FACEBOOK .....

-Ko nak buat isu tu biar mcm Admin yg Cerdik skit.!! Dah bertahun2 sblm ko lahir tentera Msia & Aussie ni ada menjalankan latihan bersama2 sepanjang tahun. Kat kem pulada johor ni tiap2 bln ada joint traning dgn mcm2 tentera negara luar.! Nape ko tak buat isu - apa pasal pegawai2 tentera kita ada kat kem2 d Aussie....2 3 tahun skali tukar pegawai lain. !!!

-Kat kota damansara jumpa RAAF dh kecoh...kami kat sini tiap2 ari jumpa x kata apa pun depa dok mai training kat TUDM butterworth...siap blh p makan kat kedai makan melayu..yg pandai cakap melayu pun ada..x heran pun...

-member gtau diorang ada latihan bersama dengan tentera mesia..mmg tiap2 tahun ada...ni member dalam army gtau..betul ke idak wallhualam...sebb lady ada tanya dia sendiri....

 -utk maklumat.. pd 14/April/2014 ni ada Pameran
Perkhidmatan Pertahanan Asia d P.W.T.C.. atau
D.S.A.2014..

DEFENCE AND SERVICES ASIA 2014..
Maybe scara x langsung dorng nk p sana kot utk
buat lawatan..


-Memang stiap tgn ada event ini d PWTC.jadi utk apa di timbulkn isu sebegini.mereka yg tak tahu akan hal ini pasti akan berprasangka buruk.kita hidup jgn jadi seperti katak d bawah tmpurung.keni ikuti perkembangan semasa.mereka yg x tahu kenalah brtanya atau siasat terlebih dahulu sebelum menuduh dn menghukum.klau pegi PWTC anda akan jumpa tentera2 dari seluruh dunia brkumpul d situ.mereka yg x penah tngok,mesti ingat waktu itu kuala lumpur telah d tawan.jadi moral of the story,janganlah jadi jakun, siasat sblum menghukum,jgn jadikn isu politik..kalau x tahu mana hujung dn pangkal,jgn pandai2 nk tunjuk pandai.


1,000 Syarikat : 50 Negara Sertai DSA 2014 bermula 14 April ini


KUALA LUMPUR 17 Feb - Sebanyak 1,000 syarikat industri pertahanan dan 50 buah negara bakal menyertai pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2014) yang akan berlangsung selama 4 hari di Pusat Pameran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 14 hingga 17 April ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut berkata, pameran itu juga merupakan platform untuk meningkatkan hubungan dua hala dan menggalakkan komitmen yang lebih tinggi ke arah pertahanan global.
"Dalam konteks ini saya bangga untuk menyatakan bahawa sebanyak 1,000 syarikat industri pertahanan tempatan dan antarabangsa daripada 50 buah negara dijangka akan menyertai pameran DSA 2014 dengan sasaran tapak pameran seluas 41,000 meter persegi. Jumlah ini adalah yang tertinggi setakat ini berbanding 850 peserta pada tahun 2012,"

Kalau kita nak jawapan lebih tepat lagi, KECOHKAN SAJA ISU INI maka akan keluar kenyataan dari pihak berkenaan......tak percaya cuba kecohkan hahahaha.

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.