-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 21 April 2014

SHAM KAMIKAZE PADAM KOMEN FACEBOOKNYA SELEPAS PENDEDAHAN BEKAS ISTERI!

PEMBACA
Disini penulis lampirkan JAWAPAN SHAM KAMIKAZE selepas pendedahan dibuat oleh bekas isterinya seperti yang tersebar dibawah. Cuma yang agak MENGEJUTKAN bila Sham PADAM KOMEN pada yang memberi komen dalam status jawapan beliau dibawah....adehh! 

PENDEDAHAN BEKAS ISTERINYA
Pendedahan itu ternyata membuka sisi ‘hitam’ lelaki yang cukup dikenali dengan imej waraknya di mata umum.
Farazila yang bercerai dengan Sham sejak 1 September 2011 berkata, bekas suaminya itu sebenarnya seorang hipokrit dan kerap berbangga apabila ada yang memuji penghijrahannya.
Bekas Isteri Dedah Sikap Buruk Sham Kamikaze
“Kami bergaduh lagi gara-gara perempuan. Hancur hati saya dan saya balik ke kampung. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur selepas 2 minggu dan terkejut melihat dirinya berjubah serta berkopiah. Tetapi saya tidak rasa apa-apa.
“Apabila orang memuji konon dia dia sudah berhijrah, dia rasa dirinya mulia. Sham jadi lupa diri apabila orang sekeliling mengagungkan dirinya. Dia bangga apabila disanjung, tetapi sebenarnya dia belum berubah sepenuhnya. Saya menegur sikap hipokritnya itu dan kami bergaduh lagi. Selepas pulang umrah, saya sudah berubah dan berhijrah lebih awal daripadanya.
“Bayangkan sebelum subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer “jom solat” tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. Ia berlaku banyak kali dan saya muka dengan perkataan “jom solatnya” itu,” ceritanya.
Tambah Farazila lagi, Sham juga ‘ketagih’ melayari laman Facebook dan peristiwa yang paling menguji kesabarannya adalah apabila Sham memuatnaik gambar berlaga pipi dengan wanita lain di akaun itu.
Dek kerana Facebook jugalah, wanita itu mengakui Sham pernah meninggalkannya di tepi lebuhraya kerana bergaduh di dalam kereta.
“Dia libas tangan dan cincin dipakainya terkena mata saya. Sampai kini dalam mata saya kelihatan berdarah. Mujur saya ada telefon bibit. Dengan mata berair kena libas dan hujan pula, saya terpaksa berteduh bawah terowong. Saya hubungi ibu untuk beritahu apa yang berlaku. Ibu pulang menghubungi Sham, suruh dia ambil saya di tepi lebuh raya.
“Bayangkan dari waktu Asar saya ditinggalkan, dia hanya datang ambil saya dalam jam 10 malam. Saya sembunyi dalam terowong yang sekelilingnya penuh dengan jarum penagih dadah. Saya memang takut kerana tempat itu sunyi tetapi saya tiada pilihan dan berserah kepada Allah,” jelasnya lagi.
Ujar Farazila, keesokan harinya, dia mencari Sham di studio, namun kakitangan studio itu seakan cuba menghalangnya daripada menemui Sham.
Bagaimanapun, Sham yang mahu turun ke bawah dilihat terkejut melihat kehadirannya, lantas lintang pulang berlari naik ke atas semula.
“Seminggu selepas itu, kakitangan itu berterus terang kepada saya memakluman ada seorang wanita ketika itu bersama Sham. Wanita itu didakwa masih bersuami dan mempunyai dua anak. Kami bergaduh besar dan saya terus balik ke kampung. Dia cerita kepada orang saya ingkar dan keluar rumah tanpa izizn. Seingat saya, jika keluar rumahpun hanya ke rumah mentua atau balik kampung saja,” katanya.

INI JAWAPAN SHAM KAMIKAZE

Disini penulis salin beberapa komen TERMASUK YANG BERKATA KOMENNYA DIPADAM OLEH SHAM.....Apapun ambillah semua ini buat pengajaran, seeloknya kita lihat apa yang DIKONGSIKAN oleh beliau dan bukan peribadi beliau, sama jugalah kita BOLEH MENERIMA ILMU dari seorang guru yang bukan ISLAM,contohnya guru itu mengajar matematik, tak kan disebabkan dia BUKAN ISLAM maka JAWAPAN 4 untuk soalan 2 + 2 kita  anggap SALAH!!........





KLIK SINI facebook SHAM KAMIKAZE



1 Mesej diterima:

ding dong sana sini.. bukak aib sana sini.. aku sendiri bingung mana satu betul and salah

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.