-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 11 April 2014

KISAH PANDA NI BETUL RUPANYA.....CHINA BIKIN KANTOI LAGI?

PEMBACA


Semasa kami mengeluarkan isu PANDA yang dianggap membazir, ramai yang berkata INI PENIPUAN ,tiada sumber sahih beritanya kecuali dari blog pembangkang.KLIK DISINI


Malas nak cerita banyak........INI BUKTINYA memang KISAH PANDA INI betul , kalau tak betul PASAL DITANGGUH?? cer tengok kosnya semasa anda membaca .

 KUALA LUMPUR: Pasangan panda gergasi dari China yang dijadual tiba di Malaysia  pada 16 April depan akan ditunda ke suatu tarikh baru yang bakal diumumkan kelak.

Perkara itu dipersetujui Malaysia dan Republik China menerusi kedutaannya di Kuala Lumpur.

Menurut Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel dalam satu kenyataan, kedua pihak bersetuju agar pasangan panda berkenaan tiba pada tarikh yang lebih signifikan untuk merayakan sambutan ulangtahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia-China pada Mei depan.

Pasangan panda, Feng Yi dan Fu Wa sepatutnya berlepas dari Pusat Pemuliharaan Sichuan pada 15 April dan tiba di Kuala Lumpur pada keesokan harinya.

Pasangan panda, Feng Yi dan Fu Wa yang bakal dipinjamkan oleh China.
Pasangan panda, Feng Yi dan Fu Wa yang bakal dipinjamkan oleh China kepada Malaysia.

Bagaimanapun China dilaporkan menangguhkan pemindahan dua panda tersebut bagi menghormati pencarian global pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pinjaman pasangan panda selama 10 tahun itu dilakukan atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wen Jiabao, ketika lawatannya ke Nanning, April lalu.

Ia direalisasikan menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan Malaysia dengan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA) pada Jun 2012.

Sementara itu, hasil tinjauan Astro AWANI mendapati kompleks bagi menempatkan kedua panda berkenaan di Zoo Negara telah hampir siap sepenuhnya.

panda
Kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar itu dianggar menelan kos RM25 juta.

Feng Yi dan Fu Wa dijangka ditempatkan di dalam kawasan eksibit khas dengan suhu di bawah 24 darjah celcius dan bakal menjadi tumpuan utama pengunjung di Zoo Negara.

Kompleks berkeluasan 1.6 hektar itu dianggar menelan kos RM25 juta.

SUMBER BERITA PENUH DISINI 

NAH SEKARANG ANDA BACA PULA KENYATAAN DIBAWAH INI yang penuh dengan KESANGSIAN DAN KESAHIHAN kerana tiada sumber dan tiada pengakuan pun dari IMDB sendiri!
Siapa yang PUTAR BELIT DAN MEREKA REKA CERITA kami KAH?? ......

FAKTA YANG TELAH DIPUTARBELIT
1.Pakatan Rakyat yang dah ketandusan isu telah menipu rakyat dgn propa murahan picisan kononnya malaysia menyewa panda dgn harga RM 25 juta
HAKIKAT YANG SEBENAR ialah.
2.Panda itu dihadiahkan china kpd malaysia sbg SATU tanda simbolik perhubungan pelbagai hala diplomatik antara DUAnegara.
3.Kos penjagaan,pemeliharaan dn penyediaan tempat sarang panda yg perlu ditempat suhu sejuk ialah sebanyak RM 2.5 juta setahun bersamaan rm 25 juta utk 10 tahun.
4.Kos rm 25 juta tersebut ditaja oleh 1MDB dan kerajaan Malaysia
.
5.Simbolik disebalik hadiah panda ini adalah ,
A.malaysia diiktiraf china sbg satu negara sekutu yg dipercayai dn dihormati china.
B.Malaysia adalah antara beberapa negara shj yg mendapat keistimewaan penghormatan spt ini.
C.Malaysia diiktiraf secara global oleh china dlm perhubungan pelbagai hala dn diplomatik.
Hakikatnya mereka sengaja mencetuskan polemik bagi menghentikan niat kita dalam usaha kita dan hubungan dengan China. Apa agenda mereka?

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.