-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 13 April 2014

KECOH DAN GEMPAR KWSP MAKAN DUIT ORANG MATI........

PEMBACA


Pada penyimpan di KWSP anda perlu ambil perhatian isu dibawah....kami cuma mahu membantu anda terutama pada yang belum tahu kerana IANYA HAK ANDA yang perlu dituntut.

KAMI TAK SUKA FITNAH tanpa bukti........lihat dibawah! 


Ok..............Ini Fakta KWSP yang ramai tak tahu.

INI BUKTI SUMBER DARI LAMAN WEB KWSP SENDIRI

Bantuan  Kematian (Pengeluaran Kematian)
Bantuan Kematian dibayar kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli apabila Pengeluaran Kematian dibuat.  Bayaran kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli adalah mengikut budi bicara KWSP. Jumlah Bantuan Kematian adalah sebanyak RM2,500.00. Bantuan ini akan diberikan sekali sahaja dan perlu mematuhi syarat-syarat berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian;
  • Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan daripada  tarikh kematian ahli.
ARTIKEL PENUH KLIK SINI 

Apapun memang ada SYARAT tertentu sebab bukannya mudah nak keluarkan duit tapi cukup mudah nak MASUKKAN DUIT (Err...tak perli ni hahaha) APA yang ingin kami kongsi ialah  BAHAWA BANTUAN INI SEMEMANGNYA ADA kerana memang ada yang telah dapat seperti maklumat dibawah. 

-Bantuan kematian ..rm 2500 boleh dibayar kepada orang tanggungan yang layak ( balu/duda ahli atau anak anak ahli atau ibu/bapa ahli.kelayakan bantuan kematian tertakluk kepada :1)warganegara Malaysia (termasuk pemastautin tetap atau bukan warganegara yang mendaftar sebagai ahli sebelum 1 ogos 1998. 2) Ahli meninggal sebelum mencapai umur 55 tahun. 3 )Permohonan diterima dalam tempoh 6 bulan Dari tarikh kematian ahli. 4) Bantuan diberi sekali sahaja. 5) Ahli mempunyai Simpanan semasa Permohonan Pengeluaran kematian dibuat.

-Saya da dapat...rm2500 khairat kematian walaupun hanya rm 1 dalam simpanan...permohonanan perlu dibuat dlm tempoh 6 bulan dari tarikh kematian.

-Selalunya akan diberitahu masa waris claim epf simati. Abg2 ipar saya dapat masa claim utk arwah kakak2 saya. Tak de masalah pun.

Kenapa kami keluarkan semula isu ni padahal ianya 2013? Kerana kami tak tahu ianya terjadi macam kes dibawah.......tak tahupun!! atau malas nak ambil tahu HAK YANG KITA ADA!

-Bg info secukupnya..jgn salahkan org yg x tahu..bab2 kene keluar duit dia snyap..bab2 nk amek duit org tu diaa hari2 kuar tv..pebendehh!

-Tak tau pun. Klau tk, sampai kiamat saya tk tau.

Sepatutnya staff yg kt kaunter kena bgitahu lah kepada mereka yg menuntut supaya permudah segala urusan keluarga si mati.

- Ramai yg x tahu...knp x diumumkan? kakak saya dah menjangkau 10 bulan meninggal baru dpt tahu...setiap pencarum sepatutnya diberitahu kelebihan yg mereka dpt..

-sejak bila ada peruntukan ini tp knpa kwsp x beri pnjlsan ada peruntukan ni

- Saya telah kehilangan suami pd 8/7/13 yg lepas dan masa saya pergi buat tuntutn pengeluaran baki simpanannya, mereka tak bgthu apa2 pun tntang perkara ini.

- saya diberitau agak lewat oleh jiran terdekat bila ada kematian dalam keluarga..nak claim pun x boleh lagi daa..dah lewat..

- baru dgr

-Tq dr..... kita hanya mencarum setiap bulan tanpa mengetahui hak kita 


Juga untuk mengelakkan sebarang prasangka buruk pada KWSP ......iyelah macam disebut diatas, nak simpan duit senang jerr....nak keluar duit KENA SYARAT BAGAI...ehh! Kami juga tak mahu berlaku Prasangka buruk seperti tajuk diatas  kalau perkara ini tidak dihebahkan......KEMANA PERGI WANG RM2500? Adakah KWSP makan duit haram? Jadi berilah penjelasan dengan lebih terperinci kerana ANDA MEMEGANG AMANAH ! 

TERPULANG PADA ANDA UNTUK SEMAK DAN DAPATKAN MAKLUMAT PENUH bak seperti komen pengguna Facebook dibawah!

Tak perlulah menyalahkan mana2 pihak.. Kita sendiri yg kena ambil tahu sebenarnya.. Kalau cerita2 sensasi atau gosip2 rajin pula nak gunakan "Google" utk dptkan cerita sepenuhnya...!! Semuanya ada di sini:http://www.kwsp.gov.my/.../regi.../benefits-as-an-epf-member

Begitu juga dgn PERKESO/SOCSO.. Mmc2 benefits disediakan...rajin2 lah cari maklumat sendiri, jgn semua nak tunggu orang suapkan... Sendiri malas nak salahkan orang lain pula..!! Sy sendiri dah bbrapa kali tonton wakil2 SOCSO brckp dlm talk show seperti MHI & Selamat Pagi M'sia..


www.kwsp.gov.my
Simpanan KWSP adalah simpanan untuk persaraan anda. Simpanan ini terdiri daripad...See More

Untuk perincian anda boleh lihat apa yang telah dibincangkan DISINI .........Jangan lihat pada tarikh walau ianya pada DISEMBER 2013 masih belum terlambat anda tahu ISU INI kerana kematian boleh berlaku bila bila masa dan jangan menyalahkan sesiapa kerana anda sendiri malas ambil tahu.

1 Mesej diterima:

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sukacita saya merujuk kepada artikel yang bertajuk “KECOH DAN GEMPAR KWSP MAKAN DUIT ORANG MATI........ “ http://www.jomgelakfm.my/2014/04/kecoh-dan-gempar-kwsp-makan-duit-orang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+jomgelakfm%2Feavf+%28KANTOI+IDENTITI%29 , seperti mana yang disiarkan di portal dan FB page tuan/puan.

Dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana Bantuan Kematian yang diberikan oleh KWSP adalah daripada pendapatan pelaburan KWSP dan bukan daripada simpanan ahli. Bantuan ini dibayar apabila permohonan pengeluaran kematian dibuat, Jika waris ahli tidak layak menerima Bantuan Kematian ini mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, wang tersebut masih berada di KWSP dan diagihkan kepada semua ahli dalam bentuk dividen. KWSP telah memberikan penjelasan berhubung dengan Bantuan Kematian KWSP pada bulan Disember 2013 berikutan tersebarnya maklumat yang tidak tepat mengenainya di email, Whatsapp dan Facebook.

Pihak tuan/puan boleh merujuk penjelasan KWSP seperti di bawah dan adalah diharapkan agar penjelasan ini dapat dimaklumkan di Portal dan FB Page tuan/puan demi manfaat pembaca dan fans tuan/puan.

Sekian,terima kasih.

(NIK AFFENDI JAAFAR)
Pengurus Besar
Jabatan Komunikasi Korporat
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 14 April 2014


________________________________________

http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/181298/CHAIN_EMAIL_PENGELUARAN_KEMATIAN_14042014.pdf


EMAIL/WHATSAPP/FACEBOOK BERANTAI MENGENAI BANTUAN KEMATIAN KWSP

PERHATIAN kepada semua orang yang mempunyai akaun KWSP! Tidak kira berapa umur
anda, tidak kira berapa lama anda memegang akaun KWSP anda, tidak kira berapa banyak
wang yang anda ada dalam akaun KWSP, dan tak kira berapa lama anda telah mencarum
untk KWSP. mengikut Undang-undang Kerajaan, KWSP perlu membayar RM 2500 untuk
keluarga pemegang akaun KWSP apabila pencarum meninggal dunia (ahli keluarga perlu
menuntut RM 2500 dalam tempoh 6 bulan). KWSP tidak pernah memberitahu kepada
semua tentang ini, sangat sedikit orang yang benar-benar menerima RM 2,500 apabila ahli
keluarga meninggal dunia kerana tidak ramai yang tahu tentang perkara ini. Di manakah RM
2,500 pergi apabila keluarga si mati itu tidak menuntut? poket seseorang?? Kita tidak tahu!
Oleh itu, sila sampai maklumat ini kepada semua keluarga, saudara-mara, rakan sekerja
dan rakan-rakan, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk menuntut
RM2500 apabila dalam keluarga mereka ada yang meninggal dunia. Jangan biarkan RM
2500 pergi ke poket seseorang!

MAKLUM BALAS KWSP
Maklumat di atas yang disebarkan melalui emel, whatsapp dan facebook mengenai KWSP
tidak memaklumkan tentang Bantuan Kematian KWSP adalah tidak benar. KWSP ingin
memaklumkan ahlinya bahawa Bantuan Kematian sebanyak RM2,500 akan dibayar kepada
waris ahli sebagai tanda simpati bagi meringankan beban kewangan mereka.

Bagaimanapun, bayaran ini dibayar hanya sekali dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
• Warganegara Malaysia.
• Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian.
• Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.

Bantuan Kematian dibayar kepada waris ahli apabila permohonan Pengeluaran Kematian
dibuat dan akan dimaklumkan kepada waris ketika permohonan dibuat. Ini bermakna waris
tidak perlu membuat permohonan secara berasingan untuk mendapatkan bantuan kematian
ini.

KWSP juga ingin menjelaskan bahawa bayaran Bantuan Kematian ini dibuat daripada
pendapatan pelaburan KWSP dan bukan daripada simpanan ahli. Jika waris ahli tidak layak
menerima Bantuan Kematian ini mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, wang tersebut
masih berada di KWSP dan diagihkan kepada semua ahli dalam bentuk dividen.

(NIK AFFENDI JAAFAR)
Pengurus Besar
Jabatan Komunikasi Korporat
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 16 Disember 2013

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.