-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 21 April 2014

AIR MATA DILA UNTUK YANG AKHIR.......Siapa gelak kena LEMPANG!!

PEMBACA

Malam itu seperti malam malam sebelumnya ...Dila menahan esakan tangisannya lagi,sesekali dia mengesat air mata dan hidungnya. 


"Sabarlah Dila...ini kan lumrah kehidupan kita" . Kata emak yang juga sudah hampir menangis sama...

" Dila dah tak tahan mak, Dila rasa nak berenti....." Emak terkejut,matanya menjeling kearah Dila.  

"Maksud Dila? "

"Dila dah ambil keputusan, Dila tak sanggup nak menangis lagi emak.....cukuplah derita yang Dila tanggung selama ni...."

"Jangan ambil tindakan terburu buru Dila, fikir masak masak, terjamin ke masa depan Dila nanti...." Soal emak yang seolah tidak setuju.

"Demi masa depanlah Dila ambil keputusan Nekad ni mak...sampai bila nak macam ni mak.....emak sendiri pun rasa apa yang Dila rasa kan . "Kata Dila sambil merenung wajah emaknya.....air mata emaknya dilihat makin banyak bercucuran.

Dila bangun apabila melihat emaknya masih mendiamkan diri, Dila menuju ke tingkap rumah...dari tingkap, Dila merenung jauh sambil berharap "NASIB NYA TIDAK SEGELAP MALAM INI ".......

"Dilaaaaa........"Triba triba bahunya ditepuk,emak sudah berdiri disisi Dila sambil memandang keluar tingkap....

"Ada ke rezeki lain untuk kita Dila?" .....Tanya emak sambil menjeling pada Dila yang masih merenung langit yang gelap dalam kegelapan malam.

"Rezeki Allah ada dimana mana mak......" Kata Dila untuk menguatkan semangat emaknya, juga untuk menguatkan dirinya YANG SUDAH TIDAK LAGI SANGGUP MENANGIS SABAN MALAM ambil UPAH  MENGUPAS BAWANG...

.................
"Huh! Adalah tu difikirkan baba kamu tu....korang tunggu jelah esok keluar kat blog......" Kata isteri yang mengejutkan penulis kerana ASYIK MEMERHATI tukang masak sedang KUPAS BAWANG.....Adehh!!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.