-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 14 September 2013

TIPS: 5 Cara pujuk Suami Yang Baran

PEMBACA
Lama dah tak berkongsi tips kan?... So, kali ni saya nak kongsi  dengan kawan2 semua tips macam mana nak pikat suami kita..supaya makin bertambah2 sayang dan sampai tak boleh nak lupakan kita..(biar suami rasakan panahan si isteri) cewahhh!!.. Hohohoho ….

Bukan senang nak pikat hati suami..nak-nak suami yang panas baran, ego tahap maksimum dan kepala angin je.. err.. err… tapi +Dukun Pasir JOMGELAKFM baik.. kan awak kan??? tthehehe...

Jadi kat sini ada beberapa tips yang boleh kita guna untuk tambat hati suami~~
  
Si isteri sesekali layankan jer apa aktiviti atau hobi yang suami kita suka.Katakanlah suami suka sangat pergi memancing..tak ramai isteri yang suka memancing..jadi dengan penuh perasaan korang ikut jer.. (jangan lupa bawak note book atau novel untuk layan keboringan hehe)

Masak sedap-sedap untuk suami, maklumle kita bukannya handal macam chef ..tapi cukup sekadar menu yang korang masak memang peberet suami. Sekarang dah senang google jer resepi kat internet lepas tu follow jer resepi yang ada. (Sambil memasak sebut nama suami kita - petua dari seorang sahabat)… Sure si suami tak nak makan luar.

Puji suami dengan penuh seikhlas hati..sapa cakap lelaki tak suka dipuji..semakin dipuji semakin suami akan rasa bangga pada dirinya. Pujilah pada pakaiannya, wajahnya dan sifatnya. (Tapi awas jangan melebih-lebih sampai suami rasa pelik pulak). Suami akan rasa dirinya lebih dihargai. JANGAN sesekali puji lelaki lain di depan suami korang.. Pantang tok wan dia..

Luahkan dengan kata-kata cinta..bukan masa bercinta jer kita kena guna ayat2 power nie..lepas berkahwin lagi kita kena guna kata-kata sayang dan romantik, supaya si suami rasa tak senang dan teringat kat kita jer. Tengah bekerja lapangkanlah masa nak hantar sms pada suami contoh "manja rindu kat abang tak sabar nak balik keje" , " abang i love u" atau pun sebelum tidur "saya sayang sangat kat awak" so sweeeeeetkan...!!!  tthehehe…

Pujuk suami apabila kita berselisih faham atau bergaduh, jangan biarkan pergaduhan itu berpanjangan atau melarat menjadi isu besar kerana ia akan memudaratkan hubungan suami isteri..(ni tak, korang pon nak lawan gak ego sapa lagi power) dan selalunya memang isteri minta dipujuk..so sekali sekala buang ego dan pujuk suami sepenuh hati. Usap rambut suami , belai tangannya dan ucapkan kata maaf. Pasti suami akan cair dengan pujuk rayu si isteri… Pasti punyalahh!! Ahakss!! Toink toinkk!!

Tapi kalau tak jalan juga kita nak pujuk  suami yang BARAN...kita KARAN saja dia guna periuk karan ke...setereka kee...ehh!!
Saya doakan yang terbaik untuk pembaca semua dan ...Insyallah rumahtangga aman damai lepas nih.

InsyaAllah…. peace.....


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.