-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 18 September 2013

SUAMI PENSAN TRIBA TRIBA DI KEDAI KASUT

PEMBACA

Sesuatu kejadian itu boleh berlaku tanpa kita rancang ataupun ianya datang secara triba triba dalam keadaan kita tak jangka.

Faham sajalah,apabila kita dalam keadaan terkejut dengan berita kecemasan dan memerlukan tindakan segera kadang kala ianya boleh membawa kepada satu pembaziran,lebih lebih lagi bila ada yang mengambil KESEMPATAN .......

Petang tadi...sedang rehat rehat diluar rumah sambil menghirup asap segar rokok...sang isteri  memberikan berita yang boleh juga dianggap KES KECEMASAN @ triba triba....

" Baba...Kasut Anas kena gigit anjing...koyak abis! Jom gi beli jab...esok nak sekolah camnee"......Kata sang isteri sambil BERPURA PURA BATUK dengan kuat tanda protesnya pada asap rokok...huh! 

"Pulok dah! Gi lah siap...." Kata saya sambil memadam rokok ...mana tahan kena perli jee...dah la dalam rumah DIWARTAKAN KAWASAN LARANGAN MEROKOK...adehh!! 

Masuk saja dalam kereta...terkejut dengan tindakan anak paling bongsu yang cuma pakai selipar...

" Aniq O....pasal tak pakai kasut...kan nak ke bandar ni.." Tanya saya seakan dah MULA TAHU niat disebalik Aniq O pakai selipar.

" TRIBA TRIBA KASUT ADIK tak muat lah Baba...tak pelah...Adik rela pakai selipar jamban jee...nak wat camnee.." Dengan lakonan paling sedih sibongsu berkata menyebabkan saya menjeling pada isteri yang sudah menepuk dahi...memang sah!! Aniq O JUGA MAHU KASUT SEKOLAH BARUU...Huh!! 

Sampai dikedai kasut...niat nak beli sepasang kasut untuk Anas telah menjadi 2 pasang sebab terpaksa belikan adiknya sekali..NASIB BAIKLAH KAKAKNYA SEKOLAH ASRAMA...tak pelah! Dengan anak ni tak boleh berkira sangat...cuma YANG TAK TAHAN TU......

" BABAAA!! TRIBA TRIBA NUR TENGOK KASUT PEREMPUAN TU CANTIKK SANGAT! ADA OFFER LAH BABA..bukan senang nak dapat offer cenggini an an an..." SAHHHHHHH!! Isteri+Nur Camelia Huda pula ADA NIAT YANG SAMAAAA......

Kannn ...TRIBA TRIBA MENJADI MEMBAZIR.........Pensannnnnn!!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.