-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 16 September 2013

MELAMPAU GILAA~! KENA GELAK DI MASJID...Panassss

PEMBACA

Masjid bukan hak kita walau kita mampu membinanya. Masjid adalah rumah Allah dan kita cuma diberi amanah untuk menjaga dan mentadbir rumah Allah itu dengan sebaik mungkin. 

Dan sesiapapun dibenarkan untuk mengunjungi masjid termasuk orang bukan Islam, asalkan SESUAI DENGAN PEMAKAIAN,ADAP dan tidak berniat jahat....apatah lagi kita sebagai orang Islam sangat digalakkan kemasjid...malangnya KITA PULA DIGELAKKAN KERANA KEMASJID?? 


Iya  tuan dan puan...sebenarnya kes @ situasi  dibawah inilah yang sering berlaku dan boleh TERJADI LAGI SELEPAS INI..... kerana ianya berlaku tanpa kita sedari ataupun kita sedari ,tetapi sengaja buat buat tidak sedar yang SEBENARNYA  kita sedang cuba menghalang orang beribadah di Masjid. 

Apakah tindakan yang TELAH dilakukan ITU hingga dituduh menghalang orang ke masjid?? Saksikan....

Situasi 1........

Sofian seorang anak muda nakal dikampung,dia suka mencuri dan tidak hormat orang kampung. Entah kenapa, triba triba Sofian mula keMasjid untuk solat Jemaah. Kehadiran Sofian dipandang sinis oleh jemaah yang lain hingga terkeluar ayat ini " NAK MENCURI LAH ITUUU". Sejak DIPERLI sebegitu, Sofian tidak lagi ke Masjid dan meneruskan aktiviti lamanya iaitu mencuri.....

Salah siapa?? Salah kita kan...memang benar dulu Sofian mencuri, tetapi TAHUKAH KITA ketentuan dan ketetapan Allah?? Buatnya Allah gerakkan pintu hati Sofian untuk BERUBAH, triba triba kita pula MAHU MENGUBAH apa yang Allah telah tetapkan.....

Jika TAKUT mencuri dijadikan satu alasan,berbalik pada isu AMANAH diatas...itu adalah tanggungjawab kita untuk BERHATI HATI dan waspada sewaktu Sofian berada di Masjid,bukan MENGATA dan menghina beliau . 

Situasi 2..........

Rahim dijemput oleh Imam Salleh untuk meraikan majlis Tahlil di Masjid. Memang diketahui sebelum ini Rahim TIDAK PERNAH KE MASJID...tapi entah kenapa malam itu Rahim hadir . Apa yang Rahim terima dari jemaah Masjid ialah " ASAL ADA MAKAN JEEE...BARU NAMPAK MUKA KO RAHIM".........

Secara sinis ayat diatas nampak macam bergurau,tetapi pernahkah kita terfikir...GURAUAN itu membuatkan Rahim TERASA walaupun yang menyindir itu kawan baiknya sekalipun. ..sama juga dengan Sofian, Rahim juga tidak mahu lagi ke Masjid baik ada kenduri mahupun untuk solat Jemaah!. 

Situasi 3.

Ini yang sering terjadi dan rasanya ada diantara pembaca pernah alami terutama yang baru nak berjinak jinak ke masjid.....kedatangan kita ke masjid kadang kala disambut dengan kata kata perli mahupun syak wasangka .

" Aku rasa esok nak kiamat la...Fauzi datang solat subuh niii....."

" Salah tempat ke Daud....cer bukak mata kamu luas luas...ni masjidlah bukan KELAB MALAM".

Benar....akan ada yang berpendapat, itu semua GURAUAN...tetapi pada pandangan penulis, tak semua perkara kita boleh persenda dan anggap sebagai gurauan. Kita tidak tahu HATI DAN PERASAAN  orang walaupun orang itu kawan baik yang boleh kita bergurau senda ataupun jenis TAK KISAH......

Sedikit sebanyak kita telah MELAWAN PERINTAH ALLAH untuk mengajak orang mengimarahkan Masjid,lebih PEDIH DAN SENGSARA LAGI kita menanggung DOSA selama mana orang yang kita PERLI DAN KETAWAKAN itu tidak ke masjid disebabkan SIKAP  kita.

Insafi diri.....


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.