-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 19 September 2013

HARU BIRUU~~! TAK BOLEH KELUAR MAH! PENAT DAH NIII...........

PEMBACA
EDISI KHAS MALAM JUMAAT.....er.....er...unsur 18sx dan sedikit 19QX...EHH!

Hayati kisah dibawah ini...ambil yang elok...jangan ambil yang kotor...ehh!! Rasanya sebahagian kita juga alami SITUASI HARU BIRU begini..jadi bolehlah kita kongsi kongsikan .......


Petang semalam, sepasang suami isteri telah menziarahi rumah anaknya di Key Ell selepas sebulan majlis perkahwinan anaknya dijalankan. Ini pertama kali pasangan ini datang ke Key Ell,bukan berkali kali ehh!
Pagi itu selepas sarapan roti canai yang dibeli anaknya ,tinggallah pasangan ini berdua dalam  apartment yang agak mewah dan moden milik anaknya.

Triba triba dari dalam bilik pasangan itu...terdengar, 

" Awak tu kurang fokus kot...tu pasal tak mahu keluar...cuba lagi sekali...ingat beri perhatian...jangan ASYIK BERANGAN jerr...camne nak keluar"

" Dah habis fokus dah ni Mah...sampai muncul kereta Ford Focus pun tak mau keluar jugak...tak PUASlah macam ni..."

" Susah betullah awak ni ...tak boleh tukar stail yang lebih advance sikit...tak boleh keluarlah...itulah...inilah!"

" Ko cakap senang lah Mah..sistem pencernaan ko masih elok...aku ni yang seksa.."

" Mah punyer  keluar OK JE TADI ...Cuba awak tekan kuat sikit."

" Dah abis tekan dah nii Mah...tak mau keluar jugakk...eHH! RASA nak keluar lagii...aku masuk semula Mah". Kata si ayah masuk semula...

Tapi tak sampai 10 minit beraksi ...

"ARHGHHHHHHHHHHHHHHHH!! TAK MAHU KELUAR JUGAKKK..."

Si emak dah mula penat nak melayan aksi suami pagi itu...didiamkan saja...RASA KASIHAN pun ada,tapi nak buat macam mana......

Dah memang SUAMINYA TAK RETI ISTINJAK CARA DUDUK ! 




SUAMI NYA MAMPU MEMBERIKAN IMPAK YANG LEBIH BESAR JIKA ISTINJAK CARA INI...

Jadi err...pastikan tandas rumah anda jenis ini jika mahu emak ayah tinggal lama.........hahahaha


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.