-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 24 September 2013

ADILKAH BEGINI TUAN PUAN??

PEMBACA

Kisah ini diceritakan oleh boss kami ...semoga jadi renungan untuk kita kerana KADANG KALA KEADILAN ITU TIADA TEMPAT UNTUK RAKYAT BIASA....kadang kala yang mempunyai kuasa dan pengaruh mampu menutup satu DOSA!

Mungkin kita pernah alami situasi dalam kisah dibawah ini...mungkin juga ini satu peringatan pada kita...kita perlu lebih berhati hati.......

Kisahnya begini Pak Abu adalah seorang penoreh getah. Malangnya seminggu dua ini getah Pak Abu sering dicuri...lalu Pak Abu dan anaknya berpakat untuk menangkap pencuri getah sekerapnya. 

Setelah mengintip beberapa hari...maka pencuri itu dapat ditangkap oleh Pak Abu. Dann...oleh kerana terlalu marah ,pencuri itu dipukul oleh Pak Abu sebelum dibawa ke balai Polis berdekatan.

Selidik punya selidik...pencuri getah itu adalah anak kepada seorang yang ternama dalam kampung tersebut.

Untuk menutup malu...SESEORANG YANG TERNAMA ITU berjumpa Pak Abu untuk menarik balik laporan polisnya...Atas dasar kemanusiaan..PAk Abu menarik balik laporan polis tersebut.

Namun...walau laporan polis telah ditarik oleh Pak Abu..Seseorang yang ternama ini masih TERASA PERITNYA akibat peristiwa memalukan keluarganya itu...lalu dia berpakat dengan peguamnya untuk mengalihkan tumpuan kesalahan anaknya itu.

Atas nasihat peguamnya, laporan polis dibuat ATAS DAKWAAN MEMUKUL ANAKNYA....dan dengan menggunakan pengaruhnya DAN "KESILAPAN" PAK ABU MENARIK BALIK LAPORAN POLISNYA ITU...seseorang yang ternama itu BERJAYA MENYEBABKAN PAK ABU DIPENJARA KERANA KESALAHAN MENCEDERAKAN ANAKNYA......

Anda nampak?? SIAPA YANG TERANIAYA?? 

Sebenarnya banyak lagi kes ANIAYA seperti ini...seperti isu tanah dimana seseorang yang berpenat lelah bertahun menanam triba triba tanahnya diambil oleh ORANG YANG LEBIH BERKUASA...bukan saja tanah diambil...siap dengan hasilnya sekali.

MUNGKINKAH DOSA itu  TIDAK LAGI MENAKUTKAN DAN MENEGAKKAN KEADILAN ITU MENYEKSAKAN BAGI RAKYAT BIASA ??




0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.