-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 12 September 2013

ADEHHH!! PELAJAR SEKOLAH RAMAS DAN PICIT NASI LEMAK...?

PEMBACA


Nasi lemak adalah makanan yang digemari ramai termasuk oleh kaum Cina dan India dalam negara kita. Penggemar nasi Lemak tidak tertumpu pada dewasa saja...pelajar sekolah juga tidak berkecuali....


Apabila berkesempatan membuat nasi lemak untuk suami dan anak-anak...saya teringat zaman persekolahan saya dulu, rasanya ada diantara pembaca juga pernah melalui situasi yang sama. ...tak caya cuba habiskan membaca....ehh! ehh!

Setiap pagi ,saya dan beberapa rakan akan lenggang kangkung berjalan kaki ke sekolah. Setiap pagi juga kami akan singgah warung tepi jalan yang menjual nasi lemak.... Nasi lemak yang dibeli itu dibungkus dalam plastik... Iyelah kan, waktu itu Polystyrene tidak begitu popular dan jarang digunakan, didalamnya ada sambal dan telur rebus separuh...

Nak tahu?? yang menarik dan tertariknya... apabila siap dibeli kami pakat ramas nasi lemak yang didalam plastik itu hingga sebati campurannya iaitu sambal dan telur tadi.......

Bila dah sebati kami bentukkan segitiga macam gambar dibawah ni.......


Last sekali.....dibuat lubang supaya BILA DIPICIT nasi lemak akan keluar dan terus masuk ke mulut...ahak!!

Kelebihan makan cenggini, tangan tidak kotor, masa tidak terbuang iyelah kan....berjalan sambil makan dan pastinya mengenyangkan....almaklumlah makan ramai-ramai ni semuanya jadi sedap an an an an?? hehehe..

Begitulah cara kami makan sambil berjalan menuju ke sekolah.......ermmm! Ada tak diantara pembaca buat perkara yang sama cenggini.....seronok kan??

"Tak siap lagi ke Nur ?"...... Suami memintas memori saya triba triba .....lalu dengan senyum saya hulurkan nasi lemak yang DIBUNGKUS PLASTIK padanya untuk bekal dia bekerja...ahaksss!!







0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.