-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 4 Julai 2013

UBAT DARI ISTERI MALAM JUMAAT...Eh!

PEMBACA

Tak payah ditaip sebab semua dah tahu lagi maklum apa itu malam Jumaat bagi pasangan suami isteri. Tapi ada juga kerugian dimalam Jumaat terutama bila tidak sihat dan memerlukan perhatian.


Dalam banyak banyak penyakit bagi SEORANG SUAMI YANG PEROKOK TEGAR ialah BATUK...Jangankan perhatian tidak dapat dari isteri,malah anda mungkin berpeluang mendapat dua ubat sebelum anda terpaksa tidur diluar bilik...

 1. Ubat batuk yang dihulur isteri dengan wajah penuh MAKNA kepada anda...apa maknanya? Lihat ubat ke 2.............

 2. Ubat CERAMAH PERDANA yang penuh dengan sindiran tajam lagi berbisa..."Lepas makan ubat batuk ni hisaplah rokok lagi awak! Nanti rugi pula KERAJAAN tak ada pembayar cukai..."


 Jadi nasihat penulis,kalau dah perokok tu tak payahlah nak bermanja dan mengada dengan isteri dimalam Jumaat sebab batuk...anda mungkin dapat Bala .

Kalau boleh batuk pun jangan sampai isteri perasan dan cuba AMALKAN BATUK DALAM HATI eh! Hahahaha




0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.