-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 9 Julai 2013

Syhhh!! Rahsiaku, Rahsiamu juga..

PEMBACA


Manusia Tidak Boleh Memegang Rahsia

Lebih baik anda simpan sahaja rahsia anda itu daripada memberitahu orang lain bahawa anda ada rahsia yang hendak diberitahu. Memang manusia jarang sekali boleh menyimpan rahsia. Lebih-lebih lagi jika kita katakan itu rahsia, lebih kuat lagi dorongannya menceritakannya kepada orang lain.



Isunya bolehkah kita menyimpan rahsia?? Mampukah rahsia yang kita simpan itu bertahan lama? .

Saya teringat kisah saya ambil anak bongsu balik dari sekolah...oleh kerana cuaca waktu itu agak panas....Saya singgah minum bersamanya . Kami makan cendol berdua...sambil minum tu saya berpesan..." Aniq jangan beritahu kakak dan abang tau kita minum ni...Ibu tak mahulah nanti kecoh pula..." Pesan saya pada sibongsu yang asyik mengunyah cendawan goreng.

" Ala...ibu ni...Adik tau la ! . Lega hati saya bila dia berkata begitu.

Sampai dirumah....baru sampai di muka pintu...." Kakak...Aniq makan Cendol dengan ibu tadiiiiii.......Jeng...Jeng...Jeng..." Ya Allahh!! Bertuah punya anak!! Apa lagi, terpaksalah saya melayan Kakaknya pula yang memang suka pada cendol..........

Tapi...tak semua rahsia boleh kita rahsiakan dan tak semua rahsia boleh kita simpan....ianya bergantung kepada situasi, samada rahsia yang hendak diberitahu itu mendatangkan kesan buruk atau sebaliknya......

Fikir....fikir



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.