-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 1 Julai 2013

PEMUDA BUTA TERTINGGAL SOLAT ASAR?

PEMBACA

Saksikan ada sesuatu yang pelik dalam kisah dibawah selain sedikit renungan untuk kita bersama. Idea spontan ini penulis dapat semasa menanti masuknya waktu asar tadi...dan ianya indah untuk kita kongsikan........

Abdul Aziz ayah kepada Umar termenung jauh bila mendengar arahan dari rakan kongsinya Abu Talib ayah kepada Ali. Hendak dibantah itulah peluang mereka untuk meluaskan perniagaan...masih dia ingat,

" Kamulah pergi JB tu Aziz...aku dah berkeluarga,susah nanti...". Kata Abu Talib ayah kepada Ali .

" Aku pun setuju...sebab memang kamu lebih berkemampuan dan lebih pengalaman " Sahut pula Hassan anak ayah Hussein juga salah seorang rakan kongsi mereka.

Triba triba bahunya ditepuk...Abdul Aziz berpaling pada rakannya.

" Kenapa Aziz, kamu ada masalah ke dengan cadangan aku tu..". Tanya Abu Talib ayah kepada Ali yang sejak tadi memerhati gelagat Abd Aziz yang resah dan gelisah.

Abdul Aziz ayah kepada Umar tunduk...sesekali dia memandang pada Abu Talib...sesekali dia tunduk...

" Nak masuk Asar ni...jom ikut akuuu...". Kata Abdul Aziz lalu mereka berdua beredar meninggalkan pejabat.

Beberapa meter dari surau Al-Syakirin dan pejabat Abdul Aziz tadi, kelihatan  seorang pemuda buta sedang resah menanti seseorang diatas tembuk.

(Beri tumpuan pada minit 2:32 dalam video ini...)


" HaiyalahSolahhh........." 

KEDENGARAN LAUGAN SOLAT ASAR menambah resah dan gelisah pemuda buta ini...

"Mana pula dia ni...Azan nak habis dah niii..." Hatinya berbisik.

Disatu sudut pula Abdul Aziz dan Abu Talib sedang memerhati gelagat pemuda buta itu...Abdul Aziz berkata sesuatu dan mereka segera merapati pemuda itu.

Tangan pemuda buta ini dipegang oleh Abdul Aziz dan diletakkan dibahu Abu Talib. Pemuda buta ini terdiam kerana dia terasa kelainan pada bahu yang dipimpinnya...langkah mereka  bertiga diteruskan menuju ke surau untuk menunaikan kewajipan........

Perjalanan balik dari surau tidak dilepaskan oleh pemuda buta ini untuk bertanya...

" Saya rasa bahu saudara lain...". Kata pemuda buta ini sambil meramas bahu Abu Talib. Abdul Aziz memandang Abu Talib kehairanan.

" Mana ada lain....sama saja..." Abdul Aziz anak kepada Umar cuba berselindung.

" Hampir 2 tahun tangan saya memegang bahu yang memimpin saya ke surau,mustahil saya tidak dapat rasakan kelainan...". Pemuda itu terus mendesak. Langkah Abi Talib terhenti..hatinya sebak dan memandang pada wajah Abdul Aziz...

Abdul Aziz tidak menjawab pertanyaan pemuda itu...Perjalanan diteruskan hinggalah mereka bertiga sampai semula ditempat pemuda itu dipimpin tadi...

" Saudara, saya minta maaf. Memang bahu yang saudara pegang tadi bukan bahu saya...saya tidak dapat lagi memimpin saudara ke surau selepas ini...tetapi saya gantikan dengan rakan saya yang akan menunaikan kewajipannya memimpin saudara...". Akhirnya Abdul Aziz memberikan penjelasan...

Pemuda itu diam....lalu pemuda itu berkata dengan tenang,

" Mampukah rakan saudara memimpin saya setiap kali solat Asar?? Mampukah rakan saudara menunaikan amanah yang saudara berikan padanya....".

Abu Talib terdiam...begitu juga dengan Abdul Aziz......

Seperti kata pemuda buta itu....Mampukah kita menunaikan amanah yang Allah berikan?  Mampukah kita menjadi pemimpin untuk orang lain,keluarga  atau sekurang kurangnya diri kita sendiri untuk menuju kearah kebaikan??


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.