-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 6 Julai 2013

GEMPAR!! PERANG ANTARA ZED ZAIDI DAN ABU BAKAR OMAR

PEMBACA
Photo: With Dato Seri Md Noh and  Zed Zaidi Presiden Persatuan Seniman
INI ADALAH PUNCA UTAMA BERLAKUNYA PERANG yang akan anda saksikan dibawah nanti.

Memetik laporan mStar Online hari ini, pelakon veteran  Abu Bakar Omar dikatakan akan meneruskan niatnya untuk mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pada Ahad ini.


Dalam pada itu, Presiden Seniman, Zed Zaidi ketika dihubungi MyNewsHub sebentar tadi malahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap tindakan Abu Bakar itu.
“Kalau saya datang mesyuarat di FINAS esok (Ahad), maknanya saya mengiktiraf mesyuarat tu.
“Dia nak buat mesyuarat, lepas itu menggunakan nama Seniman, sedangkan dia bukanlah AJK Seniman yang sah,” jelas Zed Zaidi.
Tambah Zed, jika mesyuarat pada Ahad ini dilaksanakan, maka ia merupakan mesyuarat yang haram.
“Dia yang menghalang mesyuarat agung. Lepas tu nak buat mesyuarat sendiri.
“Mesyuarat agung lah platform yang sesuai untuk kita berbincang semua perkara,” kesal Zed.
zed 2
Pada masa yang sama, Zed menyifatkan tindakan Abu Bakar tersebut adalah bersifat peribadi apabila ada diantara kalangan ahli Seniman yang mempersoalkan mesyuarat itu.
“Ada ahli yang tanya saya, siapa yang buat mesyuarat ni? Betul ke ada mesyuarat?
“Ahli tanya saya sebab dia nak buat mesyuarat sendiri-sendiri, tapi menggunakan nama Seniman,” ujar Zed.
Salain itu, Zed menyifatkan tindakan Abu Bakar itu hanyalah retorik dan ingin mendapatkan perhatian media massa semata.
Pada 31 Mei lalu, Abu Bakar bersama rakan artis iaitu Sahlan Sudiran, Mior Ahmad Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani dan Roslinda Buang berjaya memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dekat sini bagi menghalang AGM persatuan itu.
Justeru, Zed kekal dengan prinsipnya bahawa dia tetap tidak akan hadir mesyuarat tersebut.
Sumber- Mynewshub
Sekarang anda saksikan sendiri luahan dan jawapan berani dari ABU BAKAR OMAR tanpa perlu mengeluarkan ayat ayat yang bercorak maki hamun dan sebagainya.


Apa yang diharapkan ....JANGAN ADA TANGAN TANGAN HITAM dibelakang isu Seniman ini kerana umum tahu ...Abang Abu Bakar Omar dipihak mana dan Zed Zaidi dipihak mana dalam politik.....
Photo: Sabree & Abu Bakar Omar


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.