-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 2 Julai 2013

AWAS! MENCURI HAK ORANG BERI PADA ANAK...anda??

PEMBACA


Sebagai ibubapa pasti kita mahu berikan yang terbaik untuk anak. Tapi antara sedar atau tidak kita sering terleka hingga MENCURI HAK ORANG LAIN DIBERI PADA ANAK SENDIRI...Adakah anda salah seorang darinya? Baca dulu kemudian nilai diri anda.


Selesai makan malam tadi,triba triba si anak hulurkan borang Yayasan Johor untuk dimohon. Terpancar wajah ceria si anak apabila terpilih antara pelajar yang memerlukan bantuan. Saya meneliti borang tersebut dengan teliti kerana dulu sebelum berkahwin lain ada juga memohon tapi nampaknya ini mungkin rezeki anak bongsu kami.

Teruja sangat dan saya hulurkan borang tersebut pada suami yang sedang TEKUN LAGI BERSEMANGAT MEMBUAT JEREBU depan rumah...Huh! " Habis hisap rokok i tengok"...kata suami sambil membelek borang yang memerlukan pengesahan darinya itu. Saya dan anak menanti dengan sabar...si Anak dah siapkan pen untuk babanya...

Suami masuk dan tutup Tv. Kelihatan amat serius pula suami kali ni...tak kan pasal borang Yayasan Johor pun sampai ada ceramah...bentak hati saya. " Berapa anggaran sebulan dapat duit ni?" Tanya suami dengan serius..."Dekat seratus juga baba!". Belum sempat saya jawab anak dah jawab dulu...huh! Kalau bab duit kemain cepat,bisik saya dalam hati.

Suami pandang saya...pandang anak dan dua lagi anak anaknya...diletakkan borang diatas meja..." KITA TAK LAYAK DAN BERHAK MENDAPAT DUIT INI! Kata suami tegas...saya dan anak anak terkejut...masing masing seakan tak berpuas hati dengan sikap baba mereka..."Nur...gaji awak lebih dari tigaribu sebulan kan sayang? Itu tak termasuk duit belanja i bagi dekat limaribu sebulan untuk belanja dan sekolah anak....itu tak campur gaji i lagi...

KALAU AWAK CAMPUR KITA LAYAK KE TIDAK?Sedangkan Yayasan ni untuk mereka yang kurang kemampuan." Tanya suami menyebabkan saya baru tersedar..."Pn. Nur Huda...kita tak boleh ambil Hak orang lain kerana diantara mereka ada anak yatim,ada yang ibubapanya berharap duit ini dapat ringankan beban nak sekolahkan anak yang ramai

Kita ibarat mencuri hak dan rezeki untuk anak mereka sayang...dari segi agama pun salah tindakan kita tu lebih lebih lagi dalam hal mendidik dan sekolah anak...kalau sumber rezekinya dah kita curi hak orang lain yang berhak! Jangan salahkan Allah bila anak kita tak berjaya,melawan cakap kita sebab salahnya rezeki haram yang kita guna

Suami diam...memandang pula anak anaknya..." Bukan Aniq saja,Anas dan kakak pun Baba boleh bagi Duaratus sebulan tapi Janji belajar dengan rajin". "Laaa...rugilah ibu cenggini, kita nak sekolah lah awak..."Gurau saya untuk menceriakan suasana...Suami menjeling sambil mengambil semula rokoknya..."Huh! Dah dah Baba nak pastikan jerebu tak lesap". Geram tengok satu keburukan disebalik kebaikan suami ....kuat merokok!

TAPI...Bila difikir kembali ceramah suami tadi,saya teringat pada sikap dan gelagat sebahagian dari kita yang HILANG MARUAH KERANA DUIT...ingat sangat saya waktu pengumuman pemberian BRIM yang lalu,ramai rakan sepejabat termasuk ketua saya sendiri berebut nak isi borang BRIM sedangkan masing masing ada bisnes lain dan hidup mewah...Sedih sangat bila Makcik Esah CLEANER ditempat saya kerja menangis kerana tak dapat BRIM..........

AKAN TETAPI.... Ketua Jabatan saya gembira dan ketawa RIANG RIA belanja rakannya makan di hotel mewah kerana dapat BRIM....

Janganlah menjadi PENCURI HAK ORANG LAIN kalau pun tak malu dengan manusia tapi malulah pada PENCIPTA KITA.



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.