-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 3 Julai 2013

ADILKAH BEGINI....Tuan puan??

PEMBACA

Ada beberapa fakta menarik yang kebanyakkannya kita alami sendiri tapi kita tak mampu berbuat apa apa kerana KITA PERLUKAN perkhidmatan BANK. Tak caya meh tengok satu persatu. 

Kita masukkan duit sendiri dalam bank untuk simpan...begitu mudah dan cepat urusannya asalkan no akaun dan nama anda betul....Katakanlah 15minit kemudian kita perlukan duit yang kita dah masukkan tadi

Tidak semudah borang yang anda isi tadi,untuk keluar duit anda perlu isi borang dengan lengkap dan perlu sediakan IC...buatnya tandatangan anda pula lain sikit kerana nak cepat pasti duit yang anda masukkan tadi tak dapat dikeluarkan...walaupun anda tunjukkan slip duit masuk sebentar tadi...betul tak?

Begitulah susahnya nak ambil duit kita sendiri...macam mana pula dalam kejadian ini,dengan menggunakan mesin ATM anda mahu keluarkan duit untuk bayar sesuatu,triba tiba keluar ayat ni URUSNIAGA ANDA DIBATALKAN! dan bila anda cuba lagi sekali baki duit anda telahpun berkurang....pasti anda panas waktu itu

 Dahla duit tak dapat...hati pasti risau mengenangkan jumlah bakinya telah berkurang. Tak apa...menurut bekas isteri yang pernah kerja bank...jika berlaku situasi begini,anda perlu report pada pihak bank seberapa segera. Yang penting anda perlu ingat WAKTU KEJADIAN MENYAYAT HATI ini terjadi dengan tarikhnya.

Jika ada resit waktu itu...simpan resitnya sebagai bukti. Jika tiada sebarang masalah anda akan dapat kembali duit anda dalam masa tidak kurang 3 Minggu hahahaha. Lama kan? Persoalan menarik ialah kenapa lama hingga berminggu minggu sedangkan duit itu duit kita?Jika kita aju soalan ni mereka kata ini prosedur bank encik!


Tapi dari segi logik akal kitalah...Tau kenapa pihak bank minta waktu dan tarikh?Sebab bila kita ingat tarikh dan waktu itu memudahkan mereka menyemak BETUL KE TIDAK ANDA YANG MENGGUNAKAN MESIN ATM WAKTU ITU sebab setiap mesin Atm ada kamera CCTV,Jadi apa masalahnya sampai lewat kerana kita dah pun mudahkan mereka menyiasat?

Siapa boleh bagi sebab selain ikut prosedur tadi? Seksa kan nak ambil duit sendiri...kekadang terfikir dah la kita bagi mereka duit,Mereka untung banyak dengan laburkan duit kita tapi kita ditekan secara halus...kalau tak percaya DULU,jika anda gunakan kad samada kredit atau Debit atau lain lain kad ,jumlah duit kita dalam bank ada RM100 mungkin selepas 6 bulan boleh jadi RM107 kerana ada bonus....TAPI KINI.............  Baki duit kita akan jadi RM40 dari seratus tadi kerana ada caj perkhidmatan...silap silap anda pula berhutang dengan bank Hahahaha

Itu dari segi duit...belum lagi dalam pinjaman,jika anda lewat bayar cepat lagi pantas mereka hubungi kita tidak seperti sepantas mereka nak memberi balik wang kita. Setiap kali mereka hantar surat peringatan atau telefon PIHAK BANK TUNTUT ATAS KITA...bak kata orang cukup BAYAR DENDA saja mereka untung juta juta ....SABOJER

KERANA SESUNGGUHNYA KITA TIADA PILIHAN...Cuma ada SPR aje yang boleh jalankan Proses Pilihanraya Eh! eh!



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.