-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 11 Jun 2013

ZALIMKAH AKU? Rugi tak baca Tuan Puan….

PEMBACA

SITUASI 1: Bertemu jodoh puncanya aku kan...


"Dik...ada sesiapa duduk sini?" "Tak ada...duduklah" "Nak kemana Dik? Emmm...nama ape" "KL la bang...kan Bas ni nak ke KL...nama Mira...awak?"


SITUASI 2: Bergaduh pun kerana aku...

"You jangan nak potong jalan, I lah paling layak kali ni... You dah lama dan patut bersara". "Ah! Selagi i masih bernyawa you jangan harap nak duduk sini, you jangan lupa... i yang naikkan you ada hati nak lawan i balik". "Baik! Kita tengok siapa menang kali ni "

SITUASI 3: Di Sekolah pun akulah puncanya

"Kita nak bawa kemana semua ni cikgu?". "Bilik Sains ...abis tak kan kamu nak belajar berdiri pulak nanti". "Redha ajelah sekolah kita ni tak cukup peruntukan terpaksa usung kesana sini...Ada YB pun cakap kering gusi jerr kan cikgu kan kan kan"

SITUASI 4: Di Kenduri…

"Giler! Aku gi kenduri di Sarawak makan berdiri cakap ko". " Hahaha, itukan adat kat sana tak silap aku di Trengganu pun sama".

SITUASI 5: Emak marahpun puncanya aku…

"Adik! Kan ibu dah pesan...nak tidur gi masuk bilik tak elok tidur atas tu... Karang Baba balik mana dia nak duduk"












SITUASI 6: Aku juga juga dijual beli sesuka hati

"Pasal mahal sangat ni Tokey?" . "Haiya....ini balang baik punye, gerenti tahan lama dan kuat.. lu tengok dia punya bentuk ikut design terkini dan kurang kalori looo"… " Alahhh... empat latut wa angkat ". "Haiya lebih sikit la boss,  talak untung lo ini macem"



Situasi KERING GUSI; Aku jugalah yang menyebabkan suami tersembur air kopi takkala nak raya...huhuhu

"Baba ...ehem...ehem! Nur ingat nak tukar set sofa dan meja makan kitalah...boleh kan?" "fuhhhh.....tersembur air kopi i....kan raya taun lepas dah tukar....Adoi! Dari tukar sofa ni kan apa kata kalau i tukar isteri eh! "HUH!"

INILAH SAYA TUAN PUAN YANG MENYEBABKAN SENGKETA DAN ANGKARA DIATAS...ZALIMKAH SAYA? APA KATA KALAU SAYA TAK ADA MESTI PENULIS ARTIKEL NI TAK DAPAT SIAPKAN KEJENYE SAMBIL BARING ATAS SAYA HAHAHAHA….






0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.